Thursday, June 20, 2013

Masa dan rasa

Mengayuh mengejar masa
Yang tiada pernah lelahnya
Menelan sisa-sisa dunia
Menambah usia

Destinasi menuju bahagia
Yang tidak sempurna
Kerana kau tercicir di belakang sana

Tapi kaki ini terusan mengayuh
Sambil airmata mengalir laju
Sambil hati bergenang dek sayu






P/s: balik kampung hari ini yey! Malaysia i'm coming homeeee :):) doakan perjalanan yg lancar buat saya dan rakan-rakan. Amin.

Wednesday, June 19, 2013

Tangan syurga

Saat malam larut dan bintang pun sepi
Tika diri sudah enak diselubungi
Di bawah kipas kelajuan tinggi

Indah malam ini
Lebih indah andai saat aku mulai pejam mata
Tangan mesra dulu itu lembut mengusap kepala
Lena
Sampai syurga

Sunday, June 16, 2013

Pelangi

Andai hati bisa diwarnai dengan tujuh warna pelangi
Andai ia bisa dibawa terbang tinggi
Berlari di langit dari awan ke awan

Andai tangan ini bisa membawa kau pergi
Andai kaki ini bisa menjemput kau berlari
Jauh hingga mencecah bulan
Demi sang pelangi

Demi ter-abadi.

Monday, June 10, 2013

Dulu

Kau petik bunga segar
Kau sisip ke telingaku
suatu masa dulu

Sesegar cintaku padamu
Bisik kau kepadaku

Kini bunga layu dan kering
Mati
Aku masih simpan dalam laci.
Hati.





P/s: sementara sifatnya, walau aku damba selamanya.

Friday, June 7, 2013

Cakerawala

Aku bisikkan kata rindu pada bulan
Aku lontar surat cinta ke awan
Aku bawa perasaan ini terbang tinggi
Menjunam tinggi mencurami pelangi

Semoga sinar mentari esok pagi
dan hari-hari
Rasa cinta ini takkan pernah mati.

Thursday, June 6, 2013

Empat

Dah nak habis tahun empat di sekolah perubatan.

Empat tahun.

Tapi entah kenapa, tiga tahun zaman diploma dulu terasa lebih seronok dan terasa lebih lama serta bermakna. Lebih banyak al-kisah. Lebih banyak kawan. Kawan yang sampai sekarang masih berkawan.

Dekat sini kawan yang 'betul' kawan masa tahun 1 pun ada yang dah tak kawan.

Buat kawan yang masih setia, terima kasih.

Ah. Aku rindu malaysia.

Final exam - 13, 15 dan 18 june. Doakan.





" Empty, 
Is what you'll find in here
Empty... is what you'll see "

Tuesday, June 4, 2013

Sanggupkah kau

Masih sanggupkah tangan kasarmu itu
Kekal membelai rambutku
Yang kian sedikit dek kerna gugur?
Sanggup kau lap titisan peluh yang menitis di dahiku seperti waktu dulu?

Sanggupkah air mataku ini kau kesat
Sambil bibirmu mengikat senyum erat
Sambil tanganku kau genggam kuat?

Sanggupkah kau
Di saat aku terbujur longlai di atas katil tewas dengan kesakitan
Di saat aku sudah tua dan tidak mampu
Apa kau sanggup kekal berada di sisi aku?

Tuesday, May 28, 2013

Terowong

Apabila sudah berada di pertengahan
Terowong perkenalan
Kita mula tertanya
Bagaimana kita bermula?
Sejak bila kita mula menyusuri terowong ini bersama
Apa sudah berapa lama kita di sini
Dan mengapa terowong ini yang menjadi pilihan hati?

Sedang yang lebih penting
Adalah bagaimana kita mengakhirkan perjalanan kita
Apa terowong ini berterusan sahaja
Tiada penghujungnya
Apa ia terang atau bakal bergelap di suatu masa
Atau kita terperangkap di pertengahannya
Entah sampai bila.

Entah bagaimana pengakhirannya
Aku tertanya.

Thursday, May 23, 2013

Pengakhiran.

Kenapa bertemu kalau untuk berpisah?
Tanya mereka.
Tapi tidak aku.
Aku gembira kita bertemu
Walaupun aku tahu detik perpisahan itu bakal berlaku
Cuma, tunggu waktu.

Mungkin satu saja silap aku.
Untuk jatuh cinta sejak mula mata bersua
Walaupun aku tahu
Kau dan aku
Takkan mungkin dapat bersama
Selamanya.

Jadi untuk pertemuan kita
Yang singkat tapi bermakna.
Terima kasih untuk semuanya.
Dan untuk sang cinta yang tidak kesampaian
Biarkan saja.
Biar ia hapus bersama air mata.

Tuesday, May 21, 2013

Lumba

Mula.
Semangat kuat jiwa berapi
Garis penamat itu sebagai saksi
Cuba sedaya untuk lintasi
Sikit lagi...
Sikit.
Lagi.

Lari.
Cuba gapai
Tapi terasa jauh
Makin jauh
Apa garis penamat itu sudah makin jauh?
Apa aku yang berlari mengundur?

Sedar.
Aku masih di garis mula
Setapak pun belum ku langkah
Ah sudah
Konsentrasi makin musnah

Jangan tewas sudah.










P/s: makin menghampiri final exam, makin banyak perkara bikin semak fikiran. Oh dugaan.

Sunday, May 19, 2013

Daun dan bunga

Kalau di setiap kali aku terfikirkan kamu
Sehelai daun gugur dari pepohon itu
Bermusim luruhlah kita di kala musim bunga

Kalau di setiap kali aku cuba untuk menyatakannya
Sekelopak bunga itu gugur dari jambangan
Seolah musim kemaraulah si taman bunga

Jadi aku persembahkan
Musim luruh dan musim kemarau
Untuk kau
Ikhlas dari aku

Friday, May 17, 2013

Selam

Antara benda yang teruja tetapi agak seram untuk dilakukan; menyelam. Kenapa seram? Mungkin sebab sudah 3 kali aku ada pengalaman hampir-hampir tenggelam dan lemas. Tapi, aku suka menyelam. Hurm.

Mungkin, memang naluri aku begitu. Suka dicabar. Suka cuba benda-benda yang sebenarnya aku takut nak cuba. Kalau ikut akal, memang aku tak buat. Tapi bila ikut hati, semua pun jadi.

Macam menyelam.

Kalau diikutkan akal, takkan aku cuba selami lautan sedalam itu. Tapi pandai kau pujuk hati aku. Kata kau, ah kita snorkeling saja dulu. Aku setuju. Kemudian perlahan-lahan kau tarik aku, kata kau, lagi dalam lebih cantik batu karangnya. Lagi dalam lagi banyak hidupan dapat kita lihat. Tahu-tahu saja, kita sudah berada di dasarnya.

Dasar hati kau.

Persoalannya, sampai bila? Sampai akhir nafas kita?

Aku juga harap begitu.

Monday, May 13, 2013

Bayang

Kau umpama bayang bayang
Sentiasa mengekori
Ke mana saja aku pergi

Kau umpama bayang bayang
Sementara sifatnya
Mengekori ku bersama cahaya
Hilang cahaya kau pun tiada

Kau umpama bayang bayang yang aku
Lihat terpantul dari lopak air itu
'Campak satu batu......

...... bayang pun hilang'

Selamat tinggal sayang.
Aku penat menjadi si gila bayang.

Saturday, May 11, 2013

Mimpi

Bila cuma sekali-sekala
Aku ingat apa yang dimimpi setelah jaga
Terasa seolah mimpi itu
Cuba memberitahu. Sesuatu.

Bila cuma sekali-sekala
Wajah asing yang aku jumpa di dalam mimpi
Ditemukan dalam realiti
Mana mungkin aku boleh lupa

Dan bila sekali-sekala itu
Dalam mimpi yang aku ingat ketika jaga
Dan wajah asing itu adalah wajah kau
Bersama aku.
Atas pelamin.
Tak mungkin aku bisa buat tak tahu.





P/s: mimpi itu mainan tidur.

Wednesday, May 8, 2013

Salahkah aku

Apa salahnya
aku tanya khabar berita
Aku sapa kau bila-bila
Aku ambil tahu semua berita

Antara kita bukan sekadar cinta
Tapi kan ada persahabatan dan setia?
Jadi apa salahnya
Walaupun cinta itu sudah dicampak ke luar jendela hatimu
Salah kah aku masih setia mahu kekal jadi sahabatmu?





P/s: rasa nak pindah blog. X puas nya menaip pakai telefon je >.<

Monday, May 6, 2013

Congratulations Malaysia

Alhamdulillah Malaysia baru sahaja selesai pilihanraya umum ke 13 semalam. Tahniah buat rakyat Malaysia yang turun mengundi. Tahniah buat smua yang menang. Harap semua sedar, kemenangan itu ertinya satu tanggungjawab besar sedang kamu galas di bahumu.. segala janji yang kamu tabur, mohon ditunaikan. Perdana menteri sendiri minta rakyat beri peluang untuk dia perbaiki silap dia. Alhamdulillah kalau benar pentadbiran mahu berubah menjadi yg lebih baik.

Semoga banyak pengajaran diperoleh sempena pilihanraya kali ini.

Teringin nak beratur berpanas terik dgn sahabat-sahabat sebaya di sekolah, sambil mengimbau kenangan muda remaja. Apakan daya, jauh di perantauan.

PRU 14, harap-harap dah kahwin time tu. Eh.

Saturday, May 4, 2013

Unrequited ....

Umpama sekeping hati digunting kecil dari tempat asalnya
Tanpa pemilik hati tahu

Dan diam-diam juga cuba kau tampal semula
Hati kecil itu balik di tempatnya

Takkan sama.

Monday, April 29, 2013

Pernah kau punya dua rasa dalam satu masa?

Aku rasa bahagia
Aku rasa duka
Serentak bersama hadirnya cintamu itu

Gembira kerana punya kau sebagai cinta
Bahagia kerana mudahnya kau buat aku rasa
Sedih duka kaulah punca
Kerna cinta itu bukan milik kita
Kau bukan aku punya
Takkan jadi aku punya

Biarkanlah
Aku teruskan kehidupan cinta ini dalam fana
Biarlah aku rasa bahagia sekali sekala
Walaupun bila realiti singgah dalam kepala
Bagi tahu yang ini semua dusta
Biarlah sedih itu sementara
Biar bahagia itu kekal lama

Aku masih mahu
Teruskan cinta ini dengan kamu

Walaupun kau tak pernah ambil tahu

Friday, April 26, 2013

I see

I see your fully written verse.
I read it word by word.
I see you smile at me
I see your mouth muttering the words.

That's what my eyes see.
But what my ear hears is
I love you
All the way.




Orang kata kalau nak banyak idea kena bercinta. Dah dua hari bercinta dengan movie. Lebam mata mengadap. Idea baru hujung kuku je ada. Hurm.

Wednesday, April 24, 2013

Hello

Dalam tangan milo secawan.
Dalam hati bunga setaman.






P/s: esok exam 2nd round. End of next month exam round last. Selang berapa minggu daripada itu akan final exam. Habis final exam balik malaysia.

Balik malaysia. Tak sabar.

Monday, April 22, 2013

Pang suku sakang

"Pangg suku sakang mana sakit kita buangg"

"Pangg suku sakaii siapa sakit kena sakaii"

My mother used to chant this while rubbing the place where i felt pain, usually after falling from stairs or knock my head somewhere. U know, that clumsy pain.

And all those pain somehow goes away, with laughter. :)

I wonder if i'll ever find someone with that kind of power. The power to make me feel better in an instance.

Two romantic movies and my mind keeps thinking about my mom. I miss you ma. Al fatihah.

Sunday, April 21, 2013

Koi no yokan

Di ruang kecil petak bersegi itu
Mata kita bertemu
Seiring dengan tiupan pawana
Getar terasa di atma
Busur dari mata kau tepat mengena
Semudah itu
Kali pertama kita bersua
Tanpa sebab ketara
Tanpa asal mula
Koi no yokan
Aku kau, sama rasa.







( koi no yokan= define the sense that can have upon first meeting that the two of them are going to fall in love.

This differs from the idea "love at first sight" in that it does not imply that the feeling of love exists, rather it refers to the knowledge that a future love is inevitable)

Saturday, April 20, 2013

Lesson i learn today

Good sleep and good rest is important to make your day wise and to have u act sane.

Having tremors in front of a crowd u didn't know while talking about first impression... is... just...... T_T

Embarassing. But somehow i had fun.

Thank you buku jalanan mansurah for making me feel like a freak and awesome at the same time.

P/s: my first own zine yeay :3

Friday, April 19, 2013

Pasrah

Dingin
Awan kelabu mulai berarak
Angin beliung menebarkan debu ke muka
Mendung
Air dikendong sang awan berlinang
Perlahan mulanya
semakin rakus kemudianya
Bergilir titisan itu menghentam ke tanah
Hujan... bumi dilanda hujan

Berdiri aku
Dikelilingi pepohon dan bebunga ditengah hujan
Aku dongak dan aku biarkan titisan air itu menghentam ke muka
Memang aku sengaja
Ingin merasa basah lencunnya

Dunia menyaksikan titisan hujan itu gugur
Diiringi air mata
Sudah tak berdaya diseka
Lalu dibiarkan sahaja
Sehingga kering anak mata
Sehingga kontang isi hatinya

Tunggu sahaja awan kelabu itu
Bisa pergi
Bersama sengsara sang hati
Yang lelah menangisi

Tunggu sahaja angin beliung itu berlalu
Moga debu itu tidak lagi menerpa ke muka
Moga sang angin bayu sepoi bahasa
Sekadar bisa membisikkan kata indah di telinga

Tunggu sahaja rasa dingin itu hilang
Biar ia pergi bersama rasa sayang

Baru lega.

Thursday, April 18, 2013

Oh angin

Aku titipkan madah rindu pada tapak tangan
Aku hembuskan perlahan
Aku biar angin sampaikan
Perlahan ia terbang
Melekat pada dinding kamar mu
Dan kau cuma akan dapat tahu
Bila kau buka pintu itu.

P/s: ini semua gara-gara hujan

Wednesday, April 17, 2013

Sampai bila

Bila jatuh, sakit
Terduduk terjelepuk
Sakit luka boleh sembuh
Parut
Tak kisah asal masih boleh terus hidup
Tapi kalau setiap kali
Berjalan kaki mahupun berlari
Kaki tersadung tersungkur jatuh
Berluka kembali parut yang sembuh

Sampai bila mampu bertahan?

Sunday, April 14, 2013

Selamat pagi

Subuh hari sudah bermenung
Ke luar jendela aku lontarkan
Pandangan pada dunia
Namun hati cuma ingin tahu satu perkara
Kau, apa khabar agaknya?

P/s: Kalau betul dia jodoh, aku harap Allah dekatkanlah hati ini. Kalau bukan, mohon dijauhkan dari sebarang perasaan.

Friday, March 29, 2013

Seindah bulan

Umpama cahaya bulan nan terang
Di malam kelam
Seribu hitam.

Mataku hanya tertumpu pada kamu
Dek panahan sinar cahayamu
Seterang hingga mampu memadam warna kelabu
Terpana aku dek senyummu.

Kagum aku dengan kamu.
Hanya dengan segaris senyuman,
Seluruh taman bisa kau warnakan.

Friday, March 22, 2013

Rasa

Aku adalah orang yang paling tak suka dengan perkataan "dia terlalu baik untuk aku".. sebab aku rasa ini mungkin alasan paling tak kukuh untuk pasangan berpisah.

Kita siapa nak judge orang? Baik dari segi apa? Jahat sangat ke kau ni? Kalau kau jahat kenapa tanak berubah menjadi baik? Kan dia boleh bantu kau jadi baik?

Kalau nak diikutkan, aku siapa nak terus memperjuangkan hubungan mereka? Dah tak serasi, buat apa pun memang tak jadi.

Susah untuk aku mengaku ni, tapi sekarang benda dah jadi kat batang hidung sendiri.

Pernah kau rasa kau suka, tapi kau tak boleh nak buat apa sebab kau rasa "dia terlalu baik utk kau?"

Aku dah rasa. Aku dah rasa.

Sunday, March 17, 2013

Impian

Impian ni banyak skop dia. Tapi aku nak tekankan sekarang ni pasal impian perkahwinan. Ini sejajar dengan jemputan kahwin dari rakan2 sebaya yg semakin lama semakin banyak jumlahnya :)

Kalau cite pasal dream wedding ni, ada lah yg terbayangkan garden wedding. Which bagi aku quite impractical dgn weather malaysia tu sendiri :p ke ade yg nak kawen oversea mungkin? ade yg nak ade silat, zapin, kompang dan sebagainya.. belom lagi masuk bab baju, ade nak stail maria elena la scha al yahya la. Yg kain songket kain chifon kain ape tah lagi. Lagu wedding nak lagu anita sarawak wajib ada haha.. Hantaran nak ade lens sebijik, kunci kete kunci umah. Kek 7 tingkat warne warni. Hamboi over pulak.

Aku pun ade la simpan beberapa impian. Contohnya nak kawen lelaki soleh dan sbgnya. Tapi impian yg paling aku harap aku dapat aku capai cuma ade satu;

Aku nak kahwin berwalikan abah.

Selamat ulangtahun ke 66 buat ayahanda tercinta. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. ;)

P/s: account google bermasalah. Mungkin terpaksa buat link blogspot baru :(:(

Sunday, March 10, 2013

Impossible

Have you ever tried to grab the moon?
Or find the stars in the morning sky?

Have you tried to pick all the flowers in the garden?
Or pick the all dry leaves from the forest?

Have you ever tried to fly with your hands?
Or dive naked in the winter sea?

Or jump from a 20,000 feet with no protection and survive?

Or ride a unicorn with a gummy bear?

Or actually puke a rainbow?

To be loved by you is like that.
Interesting, but impossible.

Monday, March 4, 2013

Serabut

Antara keserabutan dunia ialah bila tak ingat password untuk ke blogger.

Lepas tu kau guna blogger help, dia hantar something ke kau, which is in arabic.

Luckily phone ni dah memang sign in to blogger, hence, this post.

Tapi..  aku nak update pakai laptooooopppp :(:(:( howaaaaiiiiii

Tuesday, February 26, 2013

mati.

cuba bayangkan satu hari kau diberi peluang untuk melihat masa depan..

kebetulan hari tersebut adalah hari dimana, kau dapat tahu yang esok adalah hari terakhir kau di muka bumi... esok kau akan mati.. dan kau mati ketika kau sedang tidur..

lepas kau tau, kau rasa kalau kau tak tidur, adakah kau dapat selamatkan diri dari mati?

dan sepanjang hari tu, apa agaknya yang bermain dalam fikiran kau? dah bersedia kah nak mati? cukup kah iman dalam diri? berapa banyak dosa kau dah buat? sempat minta maaf tak dengan orang-orang sekeliling kau?

sedang kau kelam kabut melakukan ibadah 'terakhir' kau di dunia, kau sedang cuba sedaya upaya supaya tak tertidur. supaya kau tak mati.. tapi akhirnya kau tewas dan tertidur..

tiba-tiba kau terjaga dari mimpi. kau hidup lagi, kau belum mati. kau bersyukur ke hadrat Illahi.

kau rasa, kau akan hidup sama tak macam dulu? atau kau insaf, kau berubah, kau cuba sedaya untuk jadi lebih baik dari yang sebelum ni?

kalau sama... kau rugi.

Friday, February 22, 2013

awek Converse

mukanya ayu,
selembut bayu.

suaranya indah,
seindah tawanya,
merdu bak kicauan burung pagi.

senyumannya manis,
bak cotton candy.

langkahnya tegas,
langkahnya berani,
setiap langkah kombinasi sopan dan ganas,
setiap langkahnya seolah ber-erti,

tak,
kau tak kenal aku lagi.

source: tumblr

Tuesday, February 19, 2013

cendol

cuaca panas hari ini. perlahan kaki melangkah ke kafeteria. cendol sedap jugak ni. bisik hatiku sendiri. cendol yg sejuk, manis, kombinasi santan dan gula melaka yg perfect tu, tak sabar rasanya nak membiarkan ia lalu di tekak dan menyejukkan badan! agh! segera, aku mencari tempat duduk yang paling perfect di kafe itu, bawah kipas sambil menghadap kaki lima. tempat mahasiswa-mahasiswi lain lalu lalang. perfect. cendol sambil meng-usha orang. win!

sedang asyik menikmati kesejukan cendol di tekak berserta kemanisan beliau di dalam mulut, serta keindahan ciptaan Allah di hadapan mata, aku ternampak dia. white and green stripes polo t-shirt, seluar jeans, kasut vans hitam merah. Adam. berdegup laju jantung aku. rasanya satu kampus tau macam mana aku dengan Adam ni dulu. best friend kaw-kaw punya, dah macam Rahul dengan Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai dah. time jadi fasilitator untuk junior ramai la jugak dok tanya aku dengan Adam ni couple ke apa, sampai kitorang dah naik rimas nak jawab, so kitorang iya kan aje. tapi tu cerita dulu lah. keseronokan bersama tu musnah bila kitorang betul-betul jatuh cinta......... and it turns out bila kami bercinta, tak seindah kami berkawan. we should've stayed just friends..

masuk hari ni, dah 4 bulan 12 hari 15 jam kitorang tak contact each other. tak gaduh pun, cuma, entahlah. benda dah berubah.

Adam berjalan menuju ke kafeteria. dia duduk selang beberapa meja di hadapan aku. aku rasa dia tak perasan aku ni. macam mana nak perasan dari tadi aku buat-buat baca majalah Cosmopolitan ni ha. nak tutup muka. aku dah lama tak tengok muka dia aku taktau nak bagi reaksi macam mana. haih. tapi aku nak makan cendol. pegang majalah ni macam mana nak makan cendol weh. ah, di saat ini, cendol lagi nikmat. biarlah apa nak jadi! aku letakkan Cosmopolitan kembali ke meja, dan kembali menghadap cendol yg indah.

" heyyy Mar. tak perasan ko tadi."

satu senyuman yang tidak asing lagi di mata aku dihidangkan bersama sapaan tadi. sungguh, aku tak sangka Adam akan datang dan duduk di depan aku sekarang. aku membalas senyuman tadi.

" heyyy.. Adam...." aku diam sebentar dan merenung mata hitam Adam.
" sorry aku dah lama tak contact kau "

perkataan pertama terpacul selepas 4 bulan 12 hari 15 jam dan 5 minit tak bertegur. mungkin kerana selama itu aku pendam untuk kembali bersama dia. ya, aku rindu dia.

mungkin ini antara hari paling bahagia buat aku. aku dan dia kembali bertegur sapa, dan di kafeteria itu, bertemankan cendol dan bunyi kipas, kami berborak panjang. Adam cerita semua yang terjadi sepanjang musim cuti lepas, dan aku ceritakan pengalaman aku pergi bercuti di Australia. kami ketawa, diam, ketawa kembali, dan yang paling penting, kembali berbicara berdua. termenung aku seketika waktu Adam sedang khusyuk menghirup titisan-titisan akhir cendol di mangkuknya. aku pejamkan mata sebentar, rapat, sambil menarik nafas lega dan mengutus senyuman gembira.

ternyata, setelah aku kembali membuka mata, ku lihat Adam masih di kerusi selang tiga buah meja di sana. jauh. dan semenjak dari tadi, hanya pandangan dan senyuman berbalas di antara kami.

Adam, aku rindu kau. bisik hati kecilku.

pantas tangan aku mencapai majalah yang dari tadi di atas meja, dan meninggalkan kenangan aku dan Adam bersama di meja itu ketika anganku tadi, bersama cendol yang sudah cair dan sudah tidak didamba lagi.

4 bulan 12 hari 15 jam dan 30 minit. mungkin aku akan terus mengira.


Sunday, February 17, 2013

someone

I've always wanted to be,
the one whose story is written in someone's book.
the inspiration behind that one beautiful poem.
the dream that's so sweet you wanted to have it again.
the reason for someone's smile.
the motivation to climb up high.

but i guess i just have to be someone first.

hello semester 8, please be good to me?

Saturday, February 9, 2013

Goodbyes

Di sebuah perkampungan nelayan, seorang anak yg sedang bercuti sekolah terdengar perbualan di antara ayah dengan bapa saudaranya.

"Kau tak sedih ke long, hantar anak kau pergi belajar jauh-jauh. Tinggal kau sorang-sorang dekat kampung ni..."

"Nak sedih apa. Bagi aku, setiap kali berpisah dengan anak aku, aku anggap itu kali terakhir aku akan jumpa dia. Hilang je dia dari mata aku, aku anggap itulah kali terakhir aku akan jumpa dia. Jadi kalau ada apa-apa terjadi pada dia, taklah aku terasa sangat.."

Ujar ayahnya sambil tersenyum.

Dan ayah dalam cerita ini ialah arwah atuk aku sendiri. Beberapa hari lepas abah kata,

" abah pun buat macam tok ki jugak. Setiap kali nina pergi sana belajar, abah akan anggap tu kali terakhir abah jumpa awak."

Of coz, i cried.

Semakin meningkat usia kita, semakin hampir kita dengan panggilan illahi. Kematian itu pasti. Dan bila kematian orang yg paling kau cinta kau dah pernah rasa, kau takkan nak rasa lagi untuk kali kedua, untuk selama lamanya. Jadi untuk mengelak rasa itu, persiapan mental tu yang paling perlu.

Alhamdulillah aku mampu pulang ke malaysia cuti kali ini. Jadi kalau aku balik ke tanah air walaupun ketika cuti pendek, aku harap semua orang paham kenapa.

Tak rugi apa-apa pun dapat bersama orang tercinta di sekeliling kita. :)

Tuesday, January 29, 2013

The perfect date

I just had a perfect date
You and i in our favourite place
We sat there for hours with grace
Surely it was sweet and serenade

There you are in front of me
Perfect silence accompanying us
Your smile, your teeth at the right place
Your eyes, your smell its all so perfect

I sit at my place staring at you
At times i smile, can't help it your too cute
You shyly raised your cup of tea
Inviting me to have a sip

Your food came first but you waited for mine
We ate in silence
But smiling, wide inside

We sat there for another hour
Staring at each other
We sing along to the song together
Then laughed, looking at each other

Finally you stand up from your chair,
" can i have your number? " you said.

I just had a perfect date
With a stranger.

Thursday, January 24, 2013

temporary

everybody leaves.

the bird leaves its nest for food.
the worm leaves its cocoon to become a butterfly.
daddy leaves the house to go to work.
student leaves their school when they graduate.

i'll be leaving you too.
dear sweet smile and caring eyes.

you see, not everything that leaves you, never come back.
sometimes, they do.

:)

Wednesday, January 23, 2013

officially winter break!

yey! exam habis! 1st time stress melampau pasal exam, 1st time exam clinical round, dan 1st time menangis lepas habis OSCE.

doakan.

Sunday, January 20, 2013

when worst comes from the best

this is good. i wonder when will i get the talent to tell such poetry, or even stories with such enthusiasm and getting everyone to feel how i feels. which, somehow reminds me that i used to be that kid who read a story book in front of everyone during school assembly and during recess at a small stage created during the 'reading month'.. yeah, i used to be that kid. so maybe, that kid is still here in me somewhere. just, maybe.



p/s: one more paper before i'm totally free for the winter break. can't waitttttttttttt

Tuesday, January 15, 2013

final semester 7!

hai semua! lupa nak bagitau, sebenarnya saya dah nak final ni, lagi dua hari. ahaks. di kala semester lain semuaaaaaaaaaa dah habis exam, semester kitorang baru nak exam. memang nasib kitorang lah kali ni. selama ni, sem kitorang akan habis exam dulu. haha. secara psikologinya adalah sangat terseksa melihat post-post orang sedang bergumbira dan berpacking dan terbang pulang ke Malaysia dan sebagainya. semalam, pergi makan kat kedai makan, meja sebelah adik-adik junior rancak bercerita pasal cerita hantu Thailand. mak aih gembiranya. meja kitorang bincang pasal heart sound. gitulah dia.

tapi takpe, dah nak exam jugak ni. bukannya takkan exam ye dok. tapi rasanya yg buat pemangkin nak exam tu, mungkin post exam. post exam adalah winter break! yeay! winter break nanti, nak buat macam-macam. dah planning dah ni. agagaga.

jadi exam saya adalah pada:

17 January 2013 - MCQ (1pm-4pm)
19 January 2013 - Essay (12pm-3pm)
22 January 2013 - OSCE (10am)

ha ni lagi satu saiko nye.. exam petang-petang ni. tapi bersyukur la jugak, memandangkan saya masih bersifat nocturnal wlaupun lagi dua hari nak exam, kalau paper tengahari insyaAllah boleh bangun haha. doakan saya dan rakan-rakan okay! bittaufiq wannajah!~ ^^


Saturday, January 12, 2013

celaru

aku selak helaian satu persatu.
aku baca perkataan yang terbuku.
aku cuba sedaya untuk memahami.
aku baca, dan baca, dan baca lagi.

ah letih. musim imtihan tiba lagi.

kalau bukan menghadap buku,
menekan kekunci meng 'update' twitter,
sekali sekala pergi ke facebook pula.
kalau bosan jugak, youtube lah jawabnya.

ah, fokus. kau hilang semula.

tak banyak yang terjadi,
tak banyak yang berubah,
balik-balik cerita perihal jantung, peparu dan darah.

ah kau. apa khabar agaknya?

aku rindu. rindu senyuman mu.
wahai bulan, aku rindu.

ah aku. celaru.

Sunday, January 6, 2013

tangan "Toi"

aku ni cemerkap orangnya. atau dalam bahasa 'melayu' orang panggil clumsy lah. citenye masa kecik dulu, iaitu selepas fasa pinggan dan cawan plastik, aku ni memang pesen selalu pecahkan pinggan. kalau pinggan set ada 6 tu jadi tak cukup memang kerja aku lah selalunya. tapi lepas aku pecahkan, aku nangis. so takdelah kena marah. miaahahahaha. :p:p

tapi bukan pinggan jela, aku rasa semua benda aku selalu buat jatuh. mak aku pulak, jenis selalu sambut barang yg jatuh tu. penah tu, telur yg bujur tak pecahkan lagi tu bergolek nak jatuh, mak aku laju je pergi sambut. hasilnya telur tu pon pecah atas tangan dia. haha.

so satu hari tu, mungkin aku dah besar sikit darjah 2 ke 3 ke.. aku taktau kenapa tapi aku ingat benda ni. masa tu kat meja makan, tiba-tiba tah macam mana senduk kot nak terjatuh, lepas tu macam biasa la mama jadi hero tukang sambut. lepas tu mama cakap " memang tangan toii betul ".. aku yang dalam usia penuh rasa ingin tahu pon tanya lah, tangan toii tu mende? ok part jawapan ni aku kurang ingat hahahahahaha okdahbye. ok mesti rasa nak campak aku dalam lombong sekarang. :p hurm jawapan exact dia memang tak ingat lah kan, tapi seingatnye lah, toi tu nama cina. Toi ni pencuri yang sangat cekap, tangan dia sangat-sangat pantas. kiranya tangan Toi tu macam peribahasa untuk menunjukkan seorang yang cekap dan pantas menggunakan tangannya.

sekarang ni, aku pulak nak inherit tangan toi tu. haritu, sikit lagi nak sambut pisau yg terjatuh. nasib ada reflex utk tarik balik tangan. kalau tak...............

btw aku selalu nak terguna perkataan tangan Toi ni dekat luar, tapi sebab aku tau takde siapa akan paham, aku akan cakap dalam hati je. sambil senyum. :)










p/s: dari cemerkap jadi tangan Toi. power jugak en en. kahkah. 
p/p/s: masih cemerkap, sebenarnya.

Saturday, January 5, 2013

pegun

aku objek pegun,
berdiri tegak di suatu sudut,
melihat situasi rojak.
melihat kamu.
aku cuba berjalan tapi aku dipaku.
aku cuba panggil tapi tiada bunyi yang terhasil.
aku mahu bersama kamu tapi siapalah aku.
aku hanya objek pegun.
yang ada hari kau lihat aku dan tersenyum.
tapi hari seterusnya kau biarkan aku di sudut,
termanggu.

tak apalah. aku kan hanya objek. aku bukan ada hati pon.

Tuesday, January 1, 2013

twenty-thirteen!

here comes the typical post by a typical blogger like me, saying goodbye to 2012, and heellllloooooo 2013! :D

alhamdulillah.

2012 means, A LOT to me. i went to Istanbul early 2012, which was a really great place to see. seghioussss kalau ada masa ada duit insyaAllah nak pergi lagi! besides, i still have 20 Lira with me yg belum guna. kengkononnya nak pergi lagi sekali kan. hikhik. then there's the International Cultural Day, the university event yg sgt besar dan meriah dan best and yes, i'm happy to be a part of the team :) and i have the most awesome summer ever! pergi bumi jati, janda baik, Chance! charity, iftar with KULN, meeting new people, singgah sahur in Muar, volunteering on a few events and banyaaaaakkkk lagi. karaoke sampai 1 pagi, jumpa orang tersayang berkali-kali. my brother's wedding! well semua orang pon dah agak memang abang no 3 yg akan kawen dulu. lol. so yeah, alhamdulillah its a bliss. last friday we had the 3rd volleyball tournament, i've been involved with volley since penubuhan kelab lagi, and it feels good that i can still commit to it until now. alhamdulillah tournament kali ni dapat no 3, dapat pingat and sijil lagi ;)
lots of place i've seen, and lots of things i've learned. to conclude it, it was a great year. :)

secara human nya of coz i've been at the down side of the road also. i miss my chance to be at my best friend's engagement party, which we've been waiting for since kindergarten years. i build a new relationship just to know that it went down the hill with just a silly mistake. i had a fight with my bestie and it hasn't been the same since then. well this is just to name a few. i had my lost. i was sad. but then again, that's what life is about. i can't have all the good ones without tasting the bad one right? so yeah. alhamdulillah sebab sekurang-kurangnya i'm still here. Allah tabahkan hati menempuhi semua benda ni. :)

azam 2013? i have trouble trying to remember what was my resolution was when 2012 came. haha. tah-tah takde azam pon. :p kebanyakan member-member dah start berazam nak kahwin. somehow that's not in my list. tapi tanak cakap jugak lah. entah-entah nanti kahwin jugak 2013 mana tau kan. but then again kena cari calon dulu lah yer ;p mostly, i just want to be better. i want to do better. i want to have something that i am really good at it instead of being Miss A-bit-of-everything. i want to be excellent. insyaAllah.


akhir kalam, selamat tahun baru. selamat 2013. umur makin singkat. semoga amalan makin dipertingkat.