Sunday, May 19, 2013

Daun dan bunga

Kalau di setiap kali aku terfikirkan kamu
Sehelai daun gugur dari pepohon itu
Bermusim luruhlah kita di kala musim bunga

Kalau di setiap kali aku cuba untuk menyatakannya
Sekelopak bunga itu gugur dari jambangan
Seolah musim kemaraulah si taman bunga

Jadi aku persembahkan
Musim luruh dan musim kemarau
Untuk kau
Ikhlas dari aku

4 comments:

Ahmad Naeem said...

whoa...

cikpaz said...

is that a good whoa or a bad one? :p

Lela Majnun said...

nice one!!
lela nak buat musim tengkukuh pulak kakpaz

fazlina ismail said...

hahaha boleh lela. monsun sekali jangan lupa. :p