Friday, May 17, 2013

Selam

Antara benda yang teruja tetapi agak seram untuk dilakukan; menyelam. Kenapa seram? Mungkin sebab sudah 3 kali aku ada pengalaman hampir-hampir tenggelam dan lemas. Tapi, aku suka menyelam. Hurm.

Mungkin, memang naluri aku begitu. Suka dicabar. Suka cuba benda-benda yang sebenarnya aku takut nak cuba. Kalau ikut akal, memang aku tak buat. Tapi bila ikut hati, semua pun jadi.

Macam menyelam.

Kalau diikutkan akal, takkan aku cuba selami lautan sedalam itu. Tapi pandai kau pujuk hati aku. Kata kau, ah kita snorkeling saja dulu. Aku setuju. Kemudian perlahan-lahan kau tarik aku, kata kau, lagi dalam lebih cantik batu karangnya. Lagi dalam lagi banyak hidupan dapat kita lihat. Tahu-tahu saja, kita sudah berada di dasarnya.

Dasar hati kau.

Persoalannya, sampai bila? Sampai akhir nafas kita?

Aku juga harap begitu.

6 comments:

Hafeez Darraji said...

perghhh ini deep giler.
se deep lautan dalam yg korang snorkelling tuh.
se deep cinta deep-ak kepada chitranga-deep

cikpaz said...

Bahahaha bedot buat lawak. Siapakah deepak dan chitrangadeep ni? Mesti mereka romantis kan :') hahahaa

Baihaqi Saharun said...

tangki oksigen tu cukup tak kakpaz?

haha

cikpaz said...

amboi baihaqi amboiiii... hahaha.

Lela Majnun said...

jangan terlampau deep kak paz..
dia bisa belot,cekik kamu,terhibur lihat kamu terkapai

cikpaz said...

cik lela, amboi. deep deep sangat pun tak boleh ye dok. hahahaa. don't worry ini fiksi jer :D