Monday, November 19, 2012

dah lama terasa

tau tak bila terasa dengan kawan-kawan ni terasa dia kadang-kadang lagi over dari terasa dengan boyfriend? not that i have a boyfriend la kan. tak payah nak buat2 cerita aku ada boyfriend pulak tiba tiba. tapi ha itulah, memang aku dah lama terasa dengan seseorang. perangai berubah ubah. macam angin. kalah aku time tengah PMS. tahap terasa dia sampai, kalau dulu punya lah rapat macam adik beradik tiba2 sekarang kalau berjumpa pon cakap casual lebih casual dari berjumpa strangers. dia tau aku terasa, tapi dia 'tak boleh nak buat apa' katanya. so takpelah, kami pon meneruskan jelah hidup masing-masing.

tapi tu la,salu kalau terasa dengan sorang ni, dalam hati boleh cakap " ok takpe aku ada lagi orang lain " tapi sekarang ni orang lain tu pon dah buat aku terasa. terasa macam takde. dah la jauh. terasa makin jauh. sekarang nak menjauhkan diri. so sekarang ni terasa macam hidup sorang sorang. sekejap.

eleh takpe, i still have my friends here.

but still. no one knows me much like you do. so yes. whatever i've done wrong, tolonglah maafkan. u know i'm a bit stressed over here, jadi kadang2 tu tercakap benda2 yg tak patut. sorry, please don't do this to me anymore.. :-S

penat tahu nak tidur tiba-tiba diselubungi rasa nak nangis? penat.

remaja sangat masalah. umur masih remaja ke masalahnya? *sigh*

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah 1434

Alhamdulillah. 1 Muharram sudah tiba. semoga Allah ampunkan dosa kita yang lalu. semoga diri semakin menghampiri taqwa, dan sentiasa berada di dalam landasannya.

takde mood nak berbicara. hati sayu mengenangkan saudara Islam kita di Gaza. pada 1 Muharram 1434H, Israel laknatullah telah menyerang mereka dengan bom bertubi-tubi. Allah. terasa sayu memikirkan keadaan mereka. hanya mampu berdoa untuk mereka. semoga Allah terima doa kita. selamatkanlah mereka dari rejim tidak berperikemanusiaan ini. amin, amin ya Rabb.

"Ya ALLAH, kami letakkan Kamu di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka. Ya ALLAH, leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakat
an mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH, Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang mengerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Azhab, kalahkan mereka dan menangkanlah kami ke atas mereka…”

Wednesday, November 14, 2012

move on?

'move on' adalah perkataan yang nampak macam mudah, tapi nak aplikasi tu, tak semudah ia diperkatakan. tapi, masih tak mustahil untuk dilakukan.

'move on' ni boleh kata sama macam kau nak mulakan hidup baru. katalah selama ni kau duduk dalam rumah banglo, ada ruang tamu 2, bilik ada 5, bilik air 3, dapur besar, halaman rumah boleh buat main badminton.. satu hari semua tu diambil dari kau, dan apa yang kau ada hanyalah bidang tanah, masih sama besar, tapi tinggal kayu-kayu, batu-bata, simen dan paku sahaja. jadi kau kena lah bina semula rumah kau. kalau kau rasa susah, kau sanggup lah tidur di atas tanah beratapkan langit, berdindingkan angin. bila terkena hujan dan panas, kau rasa perit derita dia. sebab apa? sebab kau tanak bina balik rumah kau tu. kalau kau cuma bina bilik tidur sahaja, kau akan rasa seolah-olah kekosongan. kesepian. lepas tu kau bina pulak ruang tamu. barulah kau rasa selesa sikit. tapi tanah kau besar lagi ni. apa kau nak buat lagi?

kat situ datang satu advantage 'move on'.. kalau dulu rumah kau tu ada kekurangan, kali ni kau boleh isi kekurangan tu. kata la tak cukup 3 bilik air, kali ni kau bina la 4 bilik air pulak. tanak bilik air kaler hijau, boleh cat biru. takde masalah. sebab ruang tu memang kosong. memang untuk kau isi, untuk kau warna. kau nak buat dapur siap drive thru pon boleh!

still... it depends on you. kesanggupan kita untuk bina semula. untuk create sesuatu yang lebih elok dari yang dulu, atau mahu hidup bersusah payah mengenangkan rumah lama yang memang dah tiada?

i miss my kampung. this house will be gone soon. :(









p/s: 'rumah' aku pon tak siap lagi. masih cuba bina perlahan-lahan. :)
p/p/s: masih cuba membayangkan perasaan ketika menghadirkan diri ke majlis perkahwinan dia. oh oh.

Saturday, November 10, 2012

a comeback

mungkin aku patut kembali bercakap mengenai diri sendiri dalam blog ni. i might be holding up too much sampai selalu rasa stress tak pasal-pasal. tapi terasa janggal sangat nak berkongsi cerita dengan semua. rasa tak biasa. a prove that i AM holding it too much by myself huh?

banyak sangat post dalam blog ni adalah imaginasi aku. mungkin sebab banyak sangat tengok movie, ataupun sebab banyak sangat baca novel, ataupun memang sedikit sebanyak tersemat sedikit perasaan jiwang dan kuat berangan dalam diri ini. haha. tapi sebenarnya, kadang-kadang ada antara post tu yang datang dari hati aku. cuma aku alter, tambah asam garam sikit nak buat sedap cerita.

jadi sekarang aku rasa aku nak mula berkongsi perasaan, tidaklah semua, tapi mungkin sedikit sebanyak dengan pembaca blog ini. gaya macam followers beribu padahal aku taktau lah siapa yg baca pon kan. lantak lah, kasi lah aku moment syok sendiri kejap. aku nak cuba naikkan balik jumlah blog post aku every week. aku nak aktifkan balik blog ni. i started blogging for a reason. n i don't think now is the right time to stop just yet. :)

semoga aku rajin sikit tulis blog lepas ni, lebih rajin dari aku pergi kelas. LOL.

serious dah tak rajin pergi kelas sekarang. something is definitely wrong with me.

Friday, November 9, 2012

sinonim indah itu dia

pernah tak anda sedang membaca novel/cerpen/artikel/blog/etc yang sedang memberi deskripsi mengenai seorang yg sangat kacak/sangat cantik seperti ini..........

" aku terlihat kelibatnya lagi.. hari ini dia berseluar jeans, berkemeja kotak2 dilipat paras siku, kasut toms merah kegemarannya, dan kegemaran aku juga. ihiks. rambut nya dibiarkan ditiup angin pagi. berkaca mata hitam. senyuman indah yang tak pernah lekang di bibirnya. kan aku dah kata, hari-hari mamat ni buat aku jatuh cinta! "

" hati siapa tidak tertawan dengan senyuman dan tutur kata lembut dari gadis ayu berlesung pipit di hadapan aku ini. bibir merah jambu. kulit putih mulus. dengan baju kurung polosnya. ah! tunggu aku cukup duit, memang aku masuk meminang kau! "

....... dan di dalam kepala anda terbayang imej seseorang yang amat anda kenali, walaupon deskripsi tersebut tidak semestinya sama dengan orang yang anda kenali tersebut, tapi dialah yg muncul di benak fikiran ketika itu....?

tahniah. anda sedang angau.

Thursday, November 8, 2012

Under construction

Hate the way it looks right now.

Monday, November 5, 2012

no i'm not a directioners.

but their songs are lovely.



when someone loves you even more than you love yourself.

perfect.

Saturday, November 3, 2012

cinta kukuh

angin kuat menampar pipiku berkali-kali.
hangat mentari menggigit-gigit kulitku.
pasir memutih dipijak, dicucuk-cucuk kaki ini.

keras dan kuat,
namun aku puas.

mata disaji 7 tona biru berbeza,
terdampar di atas sebuah kanvas terbesar,
kanvas dunia.

telinga ku dihiburkan bunyi indah hilai tawa,
teman-teman seronok di sekelilingku.
diselang seli bunyi ombak memukul pantai,
serta deru angin melintas telinga.

senyum.

Ya Allah besar sungguh kuasaMu.
tenangnya aku apabila teringatkan kebesaranMu.
semoga aku tidak akan pernah melupakanmu ya Allah.
Tuhan sekalian alam.


@ Matrouh Mersa, Egypt.











p/s: gambar last tu yang nak highlight sebenarnya. hikhik.