Saturday, May 26, 2012

surat cinta

aku nak tulis surat cinta
aku nak hantar ke dia.

aku nak tulis dalam surat tu
aku nak luahkan isi hati aku

aku nak bagitau
yang aku suka
yang aku cinta
yang aku damba
sesama manusia
ialah kau

aku pon taktau kenapa
tapi kau buat aku tenang
kau buat resahku hilang
kau buat hatiku riang
kau buat bibir terlukis senyuman
kau dah buat hati tertawan :D:D

ku tulis surat itu di atas kertas merah
ku tulis ayat satu persatu
supaya cantik di matamu
ku lipat kemas di dalam sampul
ku sembur pewangi, baru lah harum!

berdebar hati menunggu reaksi
terbayang-bayang pelbagai ekspresi
terdetik juga di dalam hati
macam mana kalau nanti dia membenci?

tapi aku dah tekad.
hati sudah nekad.

seutus surat ku kirimkan
ku titip di hadapan pintu depan
berdebar hati menunggu jawapan
semoga terlerailah segala jawapan...............................





aku tetap rasa tulis surat adalah kaedah paling romantik. :3

bye bye mansoura. esok nak balik malaysia :D


3 comments:

Hafeez Darraji said...

hey! tak tahu ada bakat. perkataan so simple yg 'kena' dengan cara percakapan manusia. bicara pada diri sendiri dalam masa sama excited bercerita pada manusia lain. Good Job!!!

seriously bed suka baca !

Hafeez Darraji said...

oh btw! go for it ! :)

fuzzyskuzzy said...

alamak bed...malu nye u bc blog i. hahaha..thanksss :D

and thanks for the encouragement jugak. haha.