Friday, May 4, 2012

konsep kedai kopi


"Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae" - Cerita Kedai Kopi, Malique ft Salam.


aku suka kedai kopi. aku suka aroma kopi menyelubungi. aku suka suasana lampu kuning dan malap, tetapi tetap berjaya menerangi pelusuk kedai. aku suka melihat 'barista' sibuk bekerja di dapur, sibuk mengambil pesanan, sibuk mengemas kedai. sibuk memastikan kepuasan pelanggan. aku suka. sangat suka.

aku punya suka terhadap kedai kopi, sampaikan aku tak kisah kalau aku terpaksa duduk seorang diri di situ. sambil minum kopi, melihat telatah manusia. melihat keletah mereka. tak, bukan busy body, tapi cuma melihat. kadang kala meneka. ya, aku cuma manusia biasa, mereka juga. tapi aku tahu lah batas-batasnya.

konsep kedai kopi, bagi aku mudah. kedai kopi yg menarik adalah yg pertamanya haruslah ada kopi yg sedap, dan minuman bukan kopi juga harus sedap. keduanya, suasana. kedai kopi ni sinonim dengan melepak. jadinya suasana tu haruslah dibuat selesa. kalau anda perasan, meja kedai kopi selalunya bulat. selalunya, tidak semua. meja bulat sebab lebih mesra dengan rakan semeja. meja bulat seolah-olah meja tu jadi dunia sementara kita. dan kadang kala, minum sahaja tidak mencukupi. ,makan juga perlu. konsep makanan pula, ah senang cerita makanan minum petang, or 'tea break'..memandangkan kedai kopi byk yg asalnya dari barat, kalau perasanlah menu 'minum petang' yg tertera di dalam menu mereka biasanya, sandwich, cakes, biscuits..etc etc.. :D kalau yg ketimuran sedikit, pernah ada ya di menu ' ubi rebus + kelapa' ...pergh pergh. ok. ini buat gua lapar sekarang.

ok, kembali ke kedai kopi. seterusnya, suasana. lagu yg dipilih. aku lebih gemar duduk santai di kedai kopi sambil mendengar lagu-lagu lama. lagu stok lite fm punya. sebab lagu2 lama ni musik dia tak serabut. sedap je halwa telinga ni dengar. campur dengan bau kopi, lampu oren, bagi aku adalah suatu suasana yg tenang. :)

sebenarnya aku bukanlah jenis orang yg boleh duduk di satu tempat yg sama, utk satu jangka masa yg lama. aku cepat gelisah. aku cepat bosan. tapi itulah, kalau di kedai kopi aku mampu utk melepak lama-lama. sambil baca buku mungkin. :) tapi, haruslah aku duduk di situ mmg niatnya nak melepak. kalau menunggu orang, sorry. aku tetap tak suka menunggu.

jadinya konsep kedai kopi, bagi aku haruslah suasana selesa, tidak berlebihan, kopi yg sedap, konsep pengudaraan yg baik, kedai yg bersih, dan semuanya santai. pendek kata, Cilantro yg baru bukak dekat Mansoura ni, adalah antara kedai kopi yang aku suka. walaupun meja mereka tidak bulat. :p

dan buat pertama kalinya aku rasa whipped cream tu sedap. 

p/s: harini 3 kali minum kopi. mungkin patut masuk tidur dah sekarang. hurm hurm.

No comments: