Saturday, May 26, 2012

surat cinta

aku nak tulis surat cinta
aku nak hantar ke dia.

aku nak tulis dalam surat tu
aku nak luahkan isi hati aku

aku nak bagitau
yang aku suka
yang aku cinta
yang aku damba
sesama manusia
ialah kau

aku pon taktau kenapa
tapi kau buat aku tenang
kau buat resahku hilang
kau buat hatiku riang
kau buat bibir terlukis senyuman
kau dah buat hati tertawan :D:D

ku tulis surat itu di atas kertas merah
ku tulis ayat satu persatu
supaya cantik di matamu
ku lipat kemas di dalam sampul
ku sembur pewangi, baru lah harum!

berdebar hati menunggu reaksi
terbayang-bayang pelbagai ekspresi
terdetik juga di dalam hati
macam mana kalau nanti dia membenci?

tapi aku dah tekad.
hati sudah nekad.

seutus surat ku kirimkan
ku titip di hadapan pintu depan
berdebar hati menunggu jawapan
semoga terlerailah segala jawapan...............................





aku tetap rasa tulis surat adalah kaedah paling romantik. :3

bye bye mansoura. esok nak balik malaysia :D


Friday, May 18, 2012

sometimes you just gotta say what you wanna say

maintaining a blog is actually quite a job, the same as maintaining a friendship.

yes. you wouldn't always have the time to write in the blog, the same as you are too busy with classes and exams to even stop what you are doing and say hye to your friends.

this mostly apply to friends who live far from you. a some sort of long distance relationship thing.

the thing is, when you are more than 9000 kilometres away, even your time is different. you are asleep when they are awake, you're busy when they're having their leisure time. even, your weekend doesn't fall on the same day. things are hard. the most that we can do is sometimes drop by at their facebook page and say hye and a few catching up then everyone started to get busy again.sometimes you feel lonely, sometimes they feel lonely, but you just can't be on each other's side all the time.

i'm talking friendship here.

amazingly, if its your boyfriend/girlfriend/spouse/husband/wife is 9000km away from you, SOMEHOW the time is there. at least once a week. but why is it so hard to do it with friends?

i am not blaming it on my friends, i'm blaming it on me. i think i have been 'selfish' this few time. can't find the right word to replace selfish there. self-centered? self-involve? its all about myself. i don't feel like telling anyone how i actually feels inside. what is actually going on in my head. what matters is bothering me, no.. i just couldn't find the courage to open up again.

i think i have a big trust issue here. i just think whatever i say people will judge. and they judge it wrongly.

and not being able to trust anyone here, is not a good friend material. but hey, i love it when my friends are opening up to me, telling me their stories, their sadness their happiness, trust me, i'm all ears :) and i still drop by at their pages saying hi or anything. the part that hurt me is when the respond given is not what i expected. i'm starting to think friends have turn into me, the 'i-don't-want-to-open-up-to-you-just-yet' person. if that is so, how are we going to stay friends? :(

i am sorry i have to be 9000km away from you guys, but believe me that you are all close to me at my heart. i am sorry for not being able to open up, things have been a bit chaos since the last 3 years, i'm still searching for my old-self here. but no matter what happen, i do cherish all my friends, especially the one who has always been there for me. thank you. :)

i miss being under the same cloud with you.














p/s: 2 days before final exam. wish me luck.

Friday, May 4, 2012

konsep kedai kopi


"Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae" - Cerita Kedai Kopi, Malique ft Salam.


aku suka kedai kopi. aku suka aroma kopi menyelubungi. aku suka suasana lampu kuning dan malap, tetapi tetap berjaya menerangi pelusuk kedai. aku suka melihat 'barista' sibuk bekerja di dapur, sibuk mengambil pesanan, sibuk mengemas kedai. sibuk memastikan kepuasan pelanggan. aku suka. sangat suka.

aku punya suka terhadap kedai kopi, sampaikan aku tak kisah kalau aku terpaksa duduk seorang diri di situ. sambil minum kopi, melihat telatah manusia. melihat keletah mereka. tak, bukan busy body, tapi cuma melihat. kadang kala meneka. ya, aku cuma manusia biasa, mereka juga. tapi aku tahu lah batas-batasnya.

konsep kedai kopi, bagi aku mudah. kedai kopi yg menarik adalah yg pertamanya haruslah ada kopi yg sedap, dan minuman bukan kopi juga harus sedap. keduanya, suasana. kedai kopi ni sinonim dengan melepak. jadinya suasana tu haruslah dibuat selesa. kalau anda perasan, meja kedai kopi selalunya bulat. selalunya, tidak semua. meja bulat sebab lebih mesra dengan rakan semeja. meja bulat seolah-olah meja tu jadi dunia sementara kita. dan kadang kala, minum sahaja tidak mencukupi. ,makan juga perlu. konsep makanan pula, ah senang cerita makanan minum petang, or 'tea break'..memandangkan kedai kopi byk yg asalnya dari barat, kalau perasanlah menu 'minum petang' yg tertera di dalam menu mereka biasanya, sandwich, cakes, biscuits..etc etc.. :D kalau yg ketimuran sedikit, pernah ada ya di menu ' ubi rebus + kelapa' ...pergh pergh. ok. ini buat gua lapar sekarang.

ok, kembali ke kedai kopi. seterusnya, suasana. lagu yg dipilih. aku lebih gemar duduk santai di kedai kopi sambil mendengar lagu-lagu lama. lagu stok lite fm punya. sebab lagu2 lama ni musik dia tak serabut. sedap je halwa telinga ni dengar. campur dengan bau kopi, lampu oren, bagi aku adalah suatu suasana yg tenang. :)

sebenarnya aku bukanlah jenis orang yg boleh duduk di satu tempat yg sama, utk satu jangka masa yg lama. aku cepat gelisah. aku cepat bosan. tapi itulah, kalau di kedai kopi aku mampu utk melepak lama-lama. sambil baca buku mungkin. :) tapi, haruslah aku duduk di situ mmg niatnya nak melepak. kalau menunggu orang, sorry. aku tetap tak suka menunggu.

jadinya konsep kedai kopi, bagi aku haruslah suasana selesa, tidak berlebihan, kopi yg sedap, konsep pengudaraan yg baik, kedai yg bersih, dan semuanya santai. pendek kata, Cilantro yg baru bukak dekat Mansoura ni, adalah antara kedai kopi yang aku suka. walaupun meja mereka tidak bulat. :p

dan buat pertama kalinya aku rasa whipped cream tu sedap. 

p/s: harini 3 kali minum kopi. mungkin patut masuk tidur dah sekarang. hurm hurm.

Tuesday, May 1, 2012

imimimimtihaaannnn

hello May! look how fast time flies. tau2 lagi 20 hari dah nak final exam. fuhhhhh.. lagi 26 hari balik Malaysia. :D nak excited balik pon tak boleh sgt sbb nak kena hadap exam dlu kan. and here i am procastinating while studying case 1. baru case 1. kah3. case ada 10..campur unseen lagi. hurm hurm.


ini pandangan kasar terhadap segala topik for this semester. mostly comprise of tropical disease (durh mmg sem 6 psl tropical diseases pon hewhew), community medicine, parasitology and microbiology. ye banyak sgt kena hapal. smpai tertukar tukar. risau ceq. dah la result midsem mengecewakan. ku idamkan bintang di langit, sekali tersangkut di dahan pokok ajer. ahaks. yes, pathetic sgt. takpelah. i'll try harder this time. :)

jadi kepada kawan2 lain yg ramai pon mmg tgh exam tu, all the best okey. ada yg dah start, ada yg on the way mcm kitorg jugak. so, marilah berusaha ke arah kejayaan :p 

sebelum study tu, baca lah doa. ni ada doa memulakan pelajaran utk dikongsi bersama. biiznillah usaha kita ni ada keberkatannya. :) 


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
lepas tu boleh la baca doa selepas mengulangkaji pelajaran pulak:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
jangan lupa tiga kata kunci utk berjaya; usaha, doa dan tawakkal. bukan utk study je, utk semua bnda kita buat dalam dunia ni. kalau kita usaha, kita berdoa dan kmudian tawakkal tu, insyaAllah ada keberkatan dia. insyaAllah dihulurkan pertolongan oleh Nya. :D 
haa sebenarnya bukan doa sebelum dgn lepas study jer, tapi masa exam pon kita jgn berhenti doa tu. doa tu pon usaha tau. :) tpi jgn lah doa je study nye tak kan. pndai2 lah. dah beso kan smua. tkkan tu pon nk aja. ecewah. :p 
korang boleh la klik sini kalau nak baca tips2 mnghadapi peperiksaan dan doa2 nya sekali. terima kasih owner blog kerana berkongsi. :)
dan sempena musim imtihan ni, ingin ku pohon kemaafan dari ujung rambut sampaaaiii ujung kaki..andai kata ada terlanjur bicara ke, tersalah cuit ke, terasa hati ke..maaf ye..halalkan makan minum semua...semoga kita semua berjaya imtihan kali ini insyaAllah. semoga berjaya membuatkan senyuman terukir di bibir ibubapa kita semua...semoga kita boleh pulang ke pangkuan keluarga segera..rindu ni tahu!!!!