Saturday, December 22, 2012

oranges and mama

i was eating some oranges and i have this huuggggeeee urge to dip it in kicap and gula, the way my mom and i used to have it together. and suddenly my mind is fantasizing of eating mangga muda cicah colek madu. ya rabbi, sedap gila i tell you! mangga muda ke jambu batu ke jambu air ke. perghhh. n our way of eating colek dengan buah is, actually making the fruit as the spoon to eat up those colek. muehehehe.. teringat time chinese new year, berkotak-kotak oranges beli. we ate it like there's no tomorrow. sekali makan mesti empat bijik terus. lol. and my dad would go like " awak dengan mak awak sama je " :p

... and to tell you the truth, that was the biggest compliment ever :3

the hipster pose. hikhik.

now that i'm in my hematology round, leukemia reminds me of her. and now that i know all those pain and how strong she was back then, i am so gonna do the same. the strong part, i mean. she was so strong, i never really see her suffering, going through all those chemotherapy, she was always cool and funny and happy and energetic, until only the last few months before she passed away. mama, i promise you i'll be as strong as you were.

this post is for you, simply because i miss my mama. al fatihah.


p/s: baru selesema dah rasa lemah. gotta stay strong and hope those oranges can help fight those germs lol.

Friday, December 21, 2012

yourself

Your eyes,
as warm as the blankets on those wintery night,
shines like diamond under the light,
as calm as the sea breeze, as soft as the sand,
oh boy, you got me out of my mind.

Your voice,
as soft as the wind brushing to my ears,
as calm as the summer sea, I love what i hear.

Your smile,
as sweet as the moonlight sleeping on the clouds,
your smile sure makes your mom proud.

Yourself,
has captivated my mind,
has made my heart melts,
had my hand shaking, scared,




Yourself, is never were mine.

Sunday, December 16, 2012

kisah kau dan aku. 2

aku merenung siling sambil berbaring di atas katil, melepaskan lelah habis kelas hari ini. walaupun hari ini terasa sangat panjang, namun aku masih mampu tersenyum. tersenyum memikirkan kerenah kau pagi tadi.

ya, Hani. aku dah berjaya mendekati dia. memang selalu ternampak dia pagi-pagi ketika pergi kelas. tapi tadi akhirnya aku berpeluang untuk bercakap dengannya. terasa kelakar pula bila teringat riak wajahnya bila aku menyapanya. kebetulan, kami berdua hendak melintas jalan. dia sedang khusyuk memandang ke kiri jalan, menunggu masa untuk melintas. aku yang baru tiba ke tepi jalan, berada di tepinya. biasalah jalan pagi-pagi, kereta penuh. macam takut-takut sahaja dia hendak melintas, lalu, bila aku tengok jalan semacam dah clear sket, aku pon bersuara "jom..".. terkejut dia. lalu kami pon melintas jalan bersama-sama.. dapat lah jugak borak sepatah dua. haih, comel betul lah dia. asyik tersenyum saja. ahh. indahnya kalau hari-hari aku sentiasa dipenuhi dengan kamu, Hani... 

1st step is done. :)

-----------------------------------------------------------------------------------

 semenjak dua menjak ni, terasa diri semakin rajin pergi kelas. bangun awal, buat breakfast, sambil baca-baca nota dulu sebelum pergi. sebelum ni, asyik tersedap je tidur sampai tak bangun pagi. huhu. alah, saya pon manusia biasa. ada khilaf sana sini. tapi alhamdulillah saya dapat atasi semua tu sekarang. mungkin atas kesedaran diri sendiri, tapi, mungkin jugak kerana, 8.40 am. ihiks. tak salah rasanya kalau ada pemangkin untuk pergi kelas hari hari kan? setiap pagi, kalau saya keluar rumah pukul 8.40am, saya mesti nampak dia. siapa lagi, Yusuf lah. :) punctual sangat dia, jarang lah lewat. yang selalu lewat tu saya. haha. yelah kadang-kadang lecturer pon datang pukul 9.30, walaupun kelas patut mula pukul 9, jadi saya pon keluar la lewat sikit sambil jalan menikmati angin pagi :D tapi kalau saya keluar pukul 8.40am, saya mesti akan nampak dia.

tapi pagi ni, saya tak nampak pulak dia. hurm takpelah. mungkin saya yg terlewat turun dari rumah hari ni. saya pon menggagahkan diri menempuh angin pagi, berjalan menuju ke kelas. sampai ke jalan besar, punyalah banyak kereta. bas la, van lah. tiba-tiba rasa seriau pulak nak lintas. tengah khusyuk tunggu jalan clear, tiba-tiba dengar suara dari sebelah " Jom.." ni arab mana pulak cakap melayu ni, terus saya berpaling ke arah suara tersebut. guess who? YUSUF!!!!!!!!!

ya Allah, tuhan saja tau betapa terkejutnya dengan sapaan itu. rasa macam jantung tu jatuh kat tanah kejap pon ada! tapi terkejut-terkejut pon nasib baik kaki ni elok je ikut dia melangkah lintas jalan.. rasa macam dreams came true! hikhik! sambil-sambil tu,tangan betul2kan tudung,manalah tau senget ke kan... heeee.. lepas tu, dia bersuara lagi
 " awak Hani kan? "

haih suara dia. muka dia. mata dia. senyuman dia. terasa tergamam sekejap tengok muka dia.. tapi saya cuba jugak untuk jawab soalan dia tu.....

" ye saya, mana awak tau? "

" haha. awak kan famous. mestilah saya tahu. by the way, saya Yusuf. selalu nampak awak jalan sorang-sorang pagi  macam ni "

" ohh. hai Yusuf. haha. yelah.. saya selalu nampak awak jugak! "

saya ketap bibir. alahai Haniiiii kenapalah jawab macam tu. bahaya lah! nanti kalau terkantoi macam mana. tapi saya dah cair dengan suara dia. sampai jawab pon menggigil ni ha. adoi kelakar betul lah Hani ni. kelam kabut macam mak nenek!

" ok Hani. nice to meet you. nanti, kita jumpa lagi ya? "

dan selepas itu, dia panjangkan sedikit langkahnya supaya berada di depan saya. alahai. alahai. terasa macam kaki tak pijak tanah dah ni. saya pandang sahaja dia di hadapan saya, sambil membayangkan dia berada di sebelah saya lagi. rasa macam mimpi. sekali sekala cubit lengan sendiri nak make sure bukan mimpi. he actually talk to me!!!!!! :3

ok Yusuf, semoga kita berjumpa lagi, dan lagi, dan lagi..... :):)

waiting till its open, wide.








p/s: kesinambungan dari kisah kau dan aku di SINI

p/p/s: cerita rekaan semata-mata. okbai.

le lanun ranggi contest

memula macam nak masuk.. lepas tu segan.. lepas tu nak masuk balik. and nowwww here it issss! yeayyy...! apa benda lah aku ni. well2, just nk bgtau, ada contest yg dibuat oleh rakan blogger saya. moh le melawat blog dia, comel2 lukisan dia tau. bila dia nak lukis muka kita taktau la. eh. ha klik je gambar bawah ni :p


mintak mintak menang. kalau menang, aku bawak cawan tu datang egypt ni! kalau tak menang aku tuntut tako dari ojinz. humph! :p


taktau nak letak gambar besar mana. kang besar sangat senget pulak blog ni. bukan apa, kite kesian kat ojin, nanti dia kena gosok-gosok mata nak baca entry kita. tak pasal kena beli cermin mata oakley lagi. ehhhh. kbaiii..

siapa siapa nak join contest silalah klik blog ojin ye! :D

Sunday, December 9, 2012

i was very happy, i was sad...

aku  pernah hidup dalam penipuan, atau sebenarnya lebih tepat kalau aku cakap aku pernah hidup dengan seorang penipu. seluruh perkara tentang dia, atau mungkin 80% daripada dia yang aku kenal, adalah penipuan semata. kisah hidup dia, tah mana betul mana tidak aku pon dah kurang pasti. tapi secara jujurnya, semasa dengan dia, yakni ketika aku masih belum mengetahui akan penipuan dia, aku bahagia. jarang teramat jarang sekali dia melukakan hati aku. apa yang dia beri selalunya bahagia. merajuk, kena pujuk... bosan, dia layan.. nak pergi mana, dia teman.. setiap pagi dihujani kata-kata manis. setiap hari bibir mengukir senyuman. i was very happy, living in his lies.

aku pernah juga bercinta dengan si jujur. ya, kerana kejujuran dia aku jatuh cinta. aku sanggup buat apa saja untuk dia, walaupun tidak pernah dipaksa. memandu selama 40 minit untuk menyelesaikan tugas yang hanya siap dalam 5 minit sahaja pon, aku sanggup. tapi, aku sering sedih ketika bersama. aku pernah menangis sesungguhnya dalam keretapi selesai bertemu dia. aku pernah menangis ketika memandu sehingga tersesat lebih sejam kerana dia. aku jadi bodoh kerana cinta. dan aku masih mahu bersama. i was sad, living in the true world.

apabila terpaksa berpisah dengan si penipu, aku lebih kepada marah dari sedih. marah apabila tahu aku ditipu hidup hidup. marah apabila dibiar terkontang kanting mencari makna. marah kepada diri sendiri yang palingnya. tapi marah aku sekejap saja. tak pula aku berdendam dengan dia. mungkin mengenangkan kisah manis bersama, aku diam. entah, kurang pasti kenapa. tapi aku biarkan kisah dia berlalu begitu sahaja.

dan ketika si jujur mengaku sudah tawar hati, aku patah hati, aku sedih, aku rasa seperti hilang arah. aku marah, aku geram, aku sakit hati. aku dendam.. lama aku ambil masa untuk maafkan dia. dan lama aku ambil masa untuk lupakan dia yang aku benar benar sudah jatuh cinta. lama. cukup lama. apabila terfikir kenangan bersama, yang manis yang pedih dua dua menjelma. dan seluruh kisah hidup aku selepas berpisah dengan dia  dibayangi kisah kami bersama. lama aku hidup dalam bayangan dia. kejujuran dia terkesan dalam hati sedalam dalamnya.

jadi, adakah sebenarnya hidup dalam penipuan itu gembira? dan hidup dalam kejujuran itu kecewa?  adakah sebenarnya aku memilih untuk hidup bersama penipuan, asalkan hati aku gembira, asalkan aku bahagia dan dilayan seperti puteri raja? to be honest, kalau anda semua alami kisah seperti ini, mahukah anda hidup dalam kejujuran walaupun anda tahu penyudahnya banyak yang kecewa dari yg bahagia?

baiklah. sekarang anda jawab pula soalan ni. berbaloikah hidup di dalam fantasi?

sebenarnya kalau anda tak merasa yang buruk, masakan anda tahu yang anda sedang merasa yang baik?

Tuesday, December 4, 2012

to my very surprise....

suatu masa dahulu, adalah seorang sahabat ni, dia minta idea untuk meng-aktifkan kembali group yang kami sama-sama sertai, iaitu POSED - Presentation, Speech and Debate Team.  group ni untuk memupuk pelajar-pelajar untuk bergiat kreatif dalam bidang penulisan, debat, dan juga untuk menambah keyakinan diri untuk memberi ucapan kepada orang ramai. wah gitu. secara jujurnya ni memang pertama kali aku join group macam ni. bagi aku benda ni bagus. bawak manfaat utk diri. jadi apa salahnya aku turut serta kan. :) dan terbukti, banyak yang aku dah pelajari.

berbalik kepada sahabat tadi, dalam sesi brain storming kami di twitter, (ha nampak tak fungsi twitter aku digunakan ke arah kebaikan? HAHA) aku pon bagilah cadangan. apa kata, kita pilih satu hari dalam seminggu ni, untuk buat satu penulisan kreatif. ala-ala macam wordless wednesday di blog tu haa. dan, hari ini, to my surprise:-


TADAAAAAAAAAA! alhamdulillah cadangan diterima. dan hari yang dipilh adalah hari selasa :) ya, esok. jadi kepada mansourians di luar sana, marilah menyahut cabaran ini untuk mencuba penulisan kreatif! :) eh terbaca post ni hari rabu? don't worry we still have next week insyaAllah. 

siapa yang masih taktahu pasal group POSED korang boleh join HERE. if tak boleh, then u can ask me okay. :D