Friday, March 30, 2012

sebab tengah mood berpantun

daging merah daging lada,
bunga sejambak bunga sekuntum,
pantang tengok muka si dia,
mesti bibir terukir senyum :)

masak bubur gula melaka,
masak mee bubuh tauhu,
bila masa hati tersuka,
diri sendiri pon tak tahu.

pohon jati pohon meranti,
daun kesom daun semalu,
nak dipendam memakan hati,
nak diluah terasa malu.

kain sari cantiknya merah,
kain kebaya tenangnya biru,
luka lama masih berdarah,
tak sanggup nak tambah luka yang baru.

pohon cempaka pohon kenanga,
mawar sekuntum pilihan dia,
walaupon hati berbunga-bunga,
belum tentu bawa bahagia.

anak lembu anak sapi,
sungguh enak dimasak rendang,
haih, siang malam termimpi mimpi,
jangan sampai aku masuk meminang!


gambar tiada motif :3

warna hijau anak mata,
ini semua rekaan semata.

main buai bawah pohon cendana,
hangpa semua jgn nk buat gosip naa! :p

Thursday, March 29, 2012

Tuesday, March 27, 2012

love is patience...

and love is accepting the beauty and the flaws of your partner.

memang senang nak suka kelebihan seseorang, tapi bukan senang utk kita terima kelemahan orang. ya, memang ketika jatuh cinta, memang kita akan jatuh cinta dengan kelebihan si dia. tapi mampukah kita utk hidup sepanjang hayat dengan kelemahan dia juga?

mampukah kita memberi kekuatan di kala kesedihan, bersabar dengan kerenahnya, menjaga di kala sakit, dan berjanji akan setia menjaga sehingga habis kudrat kita?

this girl is sooooooooooo lucky to have found a guy like syafiq here. orangnya biasa2 je, tapi dia sanggup hidup bersama seorang gadis yang tak sempurna 'gadis'nya. nampaklah betapa jujurnya cinta si dia buat sang gadis. semoga perkahwinan mereka membawa ke syurga, insyaAllah. btw i love wany ardy. she is brilliant n i love her songs. :)




dan ya, aku menunggu saat hadirnya seseorang yang mampu menerima buruk aku, sebelum dia dapat terima baiknya aku. 

update setelah sekian lama...

hai semua. tahu writer's block tak? tahu? hah itu lah dia. itulah dia yg sedang dialami sekarang ini -.- eh ada yg tak tahu ke? alahai. pi google sana nun. :p

2 hari lepas saya exam mid semester 6. yea, sudah sem 6 saya. dan ya, sudah mid semester. perjalanan tinggal separuh je lagi utk menghabiskan sem 6 dan insyaAllah menamatkan phase 1 sebagai medical student. phase 1 tu apa? phase 1 tu pre clinical..lepas ni nak masuk phase 2 dah, which is CLINICAL YEAR. phew. semoga semuanya berjalan lancar lah buat saya dan rakan2 seperjuangan. amin amin amin!

jadinya, tinggal kurang 2 bulan saja utk final exam. dan tinggal lebih kurang dua bulan saja lagi utk balik malaysia. punya la tak sabar nk balik malaysia rasa mcm nak rephrase ayat ni and bubuh tarikh malaysia dulu baru bubuh tarikh final tahu? huh. eh aku mana bubuh tarikh pon. kih3.

sebenarnya aku perasan yg aku dah lama tak update blog. setiap kali bukak blogger aku akan end up tutup balik sebab blank.  taktau nak cerita apa. mana taknya, semua benda aku dah cerita dekat twitter. kah3. yes i blame it on u twitter! :p jadinya azam aku nak kurangkan bertwitter...................................................

tetttttttt! budak2 twitter mesti dah mengeluarkan kata-kata sinis dah sekarang ni. dapat pulak aku nak kurangkan twitter. mmg muka aku je everyday kt timeline tu. wahahaha. takpe2 kite tunggu je. tapi aku sebenarnya nak start mengurangkan aktiviti tweet tu harini. tapi harini mcm terbanyak plak tweet. acaner? esok lah kot stop.kahkahkah. nampak dah kemana hala tuju azam ini. :D:D:D

oklah, ini saja buat masa ni. dah sejam cakap nk tido tak tido lagi. tak boleh jadi ni. dah la abes exam aritu tak tido pon. boleh plak kemas2 bilik, pastu tgk movie. pastu tido lewat,baru nk tido ada org ajak watsap plak. ehem. eh tak, bespren je. he's back in my life. kah3. tapi yg sorang tu plak drifting away.ah biasalah, satu datang satu pergi. hurm hurm. layan je. ~_~















p/s: you, the unknown. :)

Saturday, March 3, 2012

kisah kau dan aku.

hari ni terbangun lewat lagi. haih. tapi, takde lah lewat sgt.. nasib baik. baju pon tak gosok lagi. phew. bukak almari, haaa ada lah baju tk pyh gosok..my saviourrr..hihi. baju kurung tak pyh gosok mmg FTW! hewhew..mandi, makan roti sekeping, n then yosh im off to class.

sejuk baq hanggg..ni malas nak jalan ni..lalu saya pon,tahan lah teksi. "mushtashfa gamaah?" pakcik teksi pon angguk..dan, bermulalah perjalanan ke hospital universiti..after 5 mins, n i almost reach my destination........

and that's when i saw you, at the side of the street. dari jauh pon dah boleh kenal awak. saye kenal back pack hijau awak tu. saya kenal jacket putih awak tu. dan saya tau rambut awak tu. yeay jumpa awak lagi! hihi..dalam teksi dah sibuk betul2kan tudung. yelah, nmpk macam kita nk menghala tempat sama je hihi..

saya tak kenal pon awk. tapi, selalu nmpk. dulu, nama awak pon saya tak tau. cari dekat facebook apa semua tak jumpa. haih misteri. ye, awak sangat misteri. dan kemisterian itulah yg buat saya lebih tertanya-tanya pasal awak. teringat kali pertama nampak awak, betul2 depan bangunan rumah saya, and i accidentaly stares at you for like 10 seconds..haha..lepas tu malu sndiri :3 tak sengaja. org kata cinta pandang  pertama, haha ee mengadanya :p awak pulak, muka straight je. takde perasaan. haha. mmg mcm tu lah trademark awak. pernah sekali kita ada dalam satu kedai makan yg sama. awak dgn kawan2 awak, adelah 7 orang kot semua.meja sebelah sebelah je. tapi serious, suara awak pon saya tak dgr. saya cuma nmpk awak senyum je. haih. cair... :P satu hari tu. awak lalu lagi depan rumah.kebetulan masa tu, saya dengan kwn saya, yg kebetulan satu batch awak...bila awak dah jauh sikit, saya pon tanya kawan saya tu, eh apa nama awak eh?........

" Yusuf "

saya senyum, dan semenjak hari itu,nama awak terus melekat dalam hati saya :)

-----------------------------------------------------------------------------

" aku serious tak paham lecture tadi weh. aku tengok budak lain pon dah tersengguk-sengguk dah.haha "

bebel member aku kat sebelah. tapi serious, aku pon tak paham lecture tadi. kejap cite lain, pastu cite lain. haih. tapi nak buat mcm mana kan. terima jelahhh. harini kelas penuh lagi, sampai pukul 3. sekarang dah pukul 10, so kitorang pon berjalan la pergi hospital kat sebelah, clinical training pon start 10.30 kan..so,rileks je jalan, sambil hirup udara pagi. sambil borak2 dengan teman seperjuangan. dan pagi ini, cuaca sangat cantik. matahari ada, tapi tak terik. angin pon bertiup sepoi sepoi bahasa. a very nice weather to have a walk :)

aku terlihat sebuah teksi berhenti di hadapan gate hospital. entah kenapa aku tertarik untuk melihat kelibat yg keluar dari teksi tersebut. dan kemudian, aku lihat kau. gadis sneakers toms berwarna merah. ahh harini, kau pkai kasut tu lagi. dan kau pakai baju kurung. comel. :)

siapa tak kenal kau. Hani. kira famous juga lah. selalu jadi exco persatuan. nama kau terpampang sini sana. baguslah, muda2 dah pandai pikul tanggungjawab. senang kalau jadi bini aku nanti. eh, haha. manalah tau ada jodoh kan. hehe. terus terang, hati aku tertarik dgn dia semenjak pertama kali aku tengok dia. Cumanya, sampai sekarang aku masih belum ada kekuatan utk mendekati dia. Aku lihat dia turun dari teksi tu, lalu membetulkan kain tudungnya. Ah. Kau comel tahu tak? Aku pernah terdengar dia berborak dgn kawan2 dia ketika kami kebetulan makan di kedai yang sama. Aku suka suaranya. Dan dari situ aku tahu, kau mmg kelakar Hani. Aku suka gadis yg periang macam kau. Boleh la counter dengan aku yg pendiam ni. Saling melengkapi lah katekan. Hahaha. Hish boleh tahan aku nih berangan. Haih,


Mungkin suatu hari nanti, aku akan cuba mendekati kau Hani. InsyaAllah.
sumber gmbr dari Google.