Thursday, December 22, 2011

sebab...

aritu ada orang tanya aku,
" apa yang best sangat main volley eh? sebab dia tak banyak gerak ke? best ke tampar bola?"
aku pon jawab...
" terasa kepuasan bila kau dapat tampar bola tu and selamatkan bola bila dia ada kat kawasan kau...macam in a mission gitew "

lepas tu pernah jugak orang tanya,
" kenapa kau amik medic? kau suka eh tengok darah2 ni?"
aku rilek je jawab...
" seronok kot tolong orang. at the same time dapat buat duit hihihi "

tapi sebenar-benarnya..aku takde jawapan utk kedua-dua soalan tu..
sebab bagi aku, soalan tu sama macam bila orang tanya,

" kenapa kau suka dia? dia hensem eh?"
memang lah aku jawab...
" kau tengok la senyuman dia. caiiiiiirrrr..kalau hari2 tengok senyuman dia,bahagia hidup aku kah3"

tapi sebenarnya bukan itu sebab utama dia.

dan utk ketiga-tiga soalan...sungguh aku takde jawapan yg pasti.

sebab bila dah suka, tak perlukan alasan utk apa-apa :)


Tuesday, December 20, 2011

missing you.

there's no other words that i could use,
but these 3 words ' i miss you '
for the word miss may be too strong
or may be too weak
or may not describe well how my heart feels right now.

but i do miss you.
the pleasant of your smile
the warmness of your thoughts.
how easy things were back then.

i miss you.
you may not think of me the same
or you don't think about me at all.
but i do.
i think about you a lot.

good luck in the upcoming exam. dearest friend. :)

Thursday, December 8, 2011

masa itu.

if i have the chance to go back in time, i'd go back to the moment right before we ever met. and prevent everything from happen. prevent me from knowing you. so that this heart could never break this way.

but then again, if i am from the future, i've already know that i will get to know you, i will fall in love with you, and i will be heartbroken by you. so, what's the point of ignoring? coz the pain is already there.

-----------------------------------------------------------------------------

dah lama tak bercakap perihal diri sendiri. asik cakap benda mengarut dan random je kan. hewhew. anyways, exam dah dekat, lagi sebulan lebih sikit. but i feel like my effort for this semester is not enough. notes are not as many as last last sem's..have to work hard. but the thing is, at time like this i always feels like " you know what, its too late already for you to starts now " and there's the stupid thought of " aku study bagai nak rak, result sama je mcm org study last minute ".. in conclusion, bad thoughts fill my mind. dugaan sangat. bagi aku antara dugaan yang besar dan berat ialah apabila aku kena berperang dengan diri sendiri. aku pon nak excel jugak. but its not about the marks all over, its really about gaining the knowledge. aku suka bila aku ingat ilmu tu sebab aku paham, bukan aku paham ilmu tu untuk exam sahaja. sebab, nanti dah jadi doktor, takkan aku nk kena bukak balik buku bila patient tanya "saya sakit apa eh doktor?"?? tak cool lah kan. hee.

dan bila exam nak dekat mcm biaselah, rindu rumah. rindu abah. rindu abang2. rindu ikan2. rindu kereta atos hitam. rindu pasar malam. dan paling rindu arwah mama. sampaikan setiap malam sebelum tidur mesti teringat dekat mama. lagi2 bila belajar diseases. barulah nmpk the severeness of mom's disease dulu. tapi masa tu aku taktau. dan aku sedih sebab aku taktau waktu tu. kalau tahu, boleh make sure dia betul2 berpantang. makan ubat ikut time semua. semua tu ada effect pada treatment rupanya. arwah mama pon sama macam aku, degil. tapi bila org tersayang bagi nasihat, selalunya akan ikut jugak. kenapalah aku tak belajar medic dari dulu. tapi, benda dah jadi kan. lagipon kalau dah takdir Tuhan nak tarik nyawa dia pada tarikh tu, dia tetap akan pergi juga. kita yg hidup ni, yg sihat ni, pasti ke akan hidup lagi esok hari? kita taktau kan. orang sihat walafiat pon kalau dah ditakdirkan Allah untuk pergi, akan pergi juga kan. :) takpelah, aku terima ujian Allah ni walaupun berat kadang2 rasa. kenapa Allah uji, sebab Allah sayang. terima kasih ya Allah kerana masih menyayangi hambamu yang banyak khilaf ini. :')

dan disebabkan masa tidak boleh diputar kembali, buatlah yg terbaik utk diri sendiri. tahu mana kelemahan kita, perbaiki. mana silap kita, berubah. mana kurang kita, tambah.

baiklah. beransur dahulu. maafkan emosi.

p/s: tournament volley minggu depan! semoga dapat buat yg terbaik. insyaAllah.

Wednesday, December 7, 2011

Saturday, December 3, 2011

uncertain hope

saya harap hubungan kita macam artis dengan peminatnya,
bila awak jatuh, saya ada utk buat awak rasa lega
bila awak gembira, saya turut sama gembira. :)
walau ada yg mencaci menghina dan tidak suka,
awak teruskan juga perjuangan itu utk peminat awak seperti saya.

saya harap hubungan kita macam artis dengan peminatnya,
dari kecil sehingga besar,
dari muda hingga tua,
dari bujang hingga beranak dua,
tidak kira status awak,
saya tetap akan bersama awak.
bukan untuk menjadi perampas, pembeban, dan bukan utk meminta lebih dari apa yang ada,
hanya mahukan hubungan seperti artis dengan peminatnya.

saya harap hubungan kita macam artis dengan peminatnya,
kalau saya rindu, saya masih boleh tatap wajah awak,
kalau rasa duka, saya masih boleh dengar suara awak,
walau tiada khabar berita, saya akan tetap bersama awak,
sebab awak artis saya,
dan saya peminat awak.
dan peminat akan tetap bersama awak.

kalau awak salah, saya harap awak berubah,
kalau awak betul, saya berharap utk yg terbaik utk awak.

awak tau saya ada,
tapi awak tak kenal pon siapa saya,
tapi tak penting sangat pon,
yang penting saya tahu semua pasal awak.


saya harap hubungan kita macam artis dengan peminatnya,
takkan padam,
takkan ada penghalang.
sebab saya sayang awak.
tapi, awak bukan untuk saya.
dan rasa sayang itu tak mungkin padam untuk awak.

awak artis saya.
dan peminat awak hanya saya.




Friday, December 2, 2011

salam maal hijrah 1433H

salam maal hijrah 1433H ! :D

okay tahu dah lambat 6 hari :p tapi yg penting sekarang dah masuk tahun baru. InsyaAllah,mudah-mudahan tahun baru ni akan berjalan dengan lancar dan yg paling penting,diredhai Allah. azam utk tahun ni,mestilah nak berubah ke arah yg lebih baik. biiznillah. :) semoga apa yang terjadi di tahun lepas, akan dijadikan sempadan dan tauladan.

awal2 tahun dah diuji. bangun pagi pergi kelas at 8,lepas tu tggu punya tggu,rupa2 nya kelas pagi tu ditunda pukul 1..and the next class adelah pukul 12..haih..so,takkan nak duduk uni,pulanglah ke rumah..pastu,pukul 10.30am tu ada discussion dengan doctor regarding student presentation minggu tu..ye saye present..hewhew..dah on the way,lagi beberapa tapak nak sampai fakulti dah,pblmate call n ckp "korang,tak pyh dtg pon takpela,doktor ni nk tgk kejap je.."..... >.< takpelah. org cakap bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian kan.ngeeee. hopefully :3

oh by the way, haritu diorang ni semua rajin pergi google nak tahu tarikh lahir masing2 dalam bulan Islam, and it turns out that saya lahir pada 4 Muharram 1409. yeay happy birthday to me. errr.yang ke 24? -.- k dah tua. i know. :3

marilah berubah ke arah yang lebih baik. ^__^