Sunday, June 27, 2010

rawrr

dah 27 haribulan. dah boleh excited. dah nak balik malaysia. YEAY!

aku dah tak sanggup duduk rumah ni. lipas dah la beribu. hari-hari bunuh pon masih banyak lagi.EWW..

aku nak masuk rumah baru. arab tu dah mngecewakan. dia keluar dari rumah tu 29hb. boleh tak? faham tak aku dah nak balik malaysia 30 hb tu? memang. memang saje nak mnyusahkan hidup aku. HAIH.

3 hari lagi. aku dah taktahu nak buat apa. kalau lebih dari 3 hari konfem aku dah jadi zombie. konfem. mana taknya, tidur pukul 9 pagi,bangun 3 petang. haha. makanya,seminggu la aku bakal jetlag di malaysia nanti..muahahahaha. ;p

AKU NAK BALIK WEHHHH T____T

ouh. fyi,im so sick and tired of the 'oh-im-so-great' attitude..tolong la.matang la.boleh gile aku macam ni tau taaakkkkk..................

sorry kawan-kawan. tak sempat kurus sebelum pulang Malaysia T_T 

oh.maaflah kesengetan. dan sila abaikan conteng-conteng di papan putih itu. bosan punya pasal. HAHA.







p/s: saya rasa awak macam makin jauh dengan saya. jangan lah. T_T

Sunday, June 20, 2010

typical love story

dalam mana-mana kisah cinta, selalu ada dua hero. hero satu, selalunya adalah dari golongan berada yang kacak dan lengkap segala-galanya. tapi, selalunya adalah seorang yang loser dalam percintaan. maka sebab itulah wujudnya hero dua, kurang kacak dari hero pertama, tapi perwatakan yang menarik. always a charmer. hero dua dan hero satu selalu ada perhubungan. saudara, adik-beradik, kawan baik, apa-apa jelah.

cerita pasal heroin dia pulak. cantik. tapi selalunya takdelah cantik sangat, tapi personaliti yang menarik membuatkan kedua-dua hero tertarik padanya. yang hero dua, bersungguh-sungguh untuk dapatkan perhatian dia. macam-macam yang hero dua buat. tak pernah sekali pon hero dua menyakitkan hati dia. heroin dengan hero dua selalunya ada hubungan yang rapat. kalau hero dua sedih,mesti heroin orang pertama dalam fikiran dia. kalau heroin pulak sedih, hero dua akan buat apa sahaja supaya heroin tak sedih lagi. macam tu lah. tapi, heroin akan anggap hero dua ni hanye kawan, tak lebih dari tu. sebab, hati dia ada pada hero satu. hero satu pada awalnya takda hati pada heroin, namun pada klimaks cerita akan jatuh cinta padanya. tapi, tak berani nak luahkan. ego tinggi.

dalam cerita tu,mesti orang tertanya-tanya kenapa laaa heroin tu mesti pilih hero satu. padahal lagi senang kalau dia terus pilih hero dua yang memang dah tentu-tentu suka dekat dia. hero satu ni selalunya bukan takat ego, tapi, selalunya akan ada orang ketiga. errmm, heroin dua. heroin dua orang yang sangat cantik, kaya, and hooked up dekat hero satu, tugas dia, bagi hidup heroin miserable. nahh. masalah lagi, tapi heroin tetap nak jugak hero satu, walhal hero dua dah bermati-matian mempertaruhkan cinta dia pada heroin ni. at the end of the story, heroin dua akan jadi the loser one. hero dua bawak diri, cuba untuk menerima cintanya pergi pada orang lain. hero satu dengan heroin, somehow akan jumpa jalan keluar untuk semua masalah dan hidup bahagia. *hopefully*

itulah dia kisah cinta. mesti ada pengorbanan. tak seharusnya menerima sesuatu cinta hanya kerana ia mudah. orang kata, eventhough its hard, somtimes even the hardest and bitter love could turn out to be the sweetest one.

so, choose wisely.

:D

p/s: banyak sangat tengok cerita korea, nilah jadi nya. -_-" nak balik Malaysia cepaaaatttttt....~~

Wednesday, June 16, 2010

ICDL Malaysia!

post ini adalah untuk kawan-kawan di Mesir terutamanya Universiti Mansoura, program Manchester.

kawan-kawan di Malaysia, sila jangan tanya apa-apa dan abaikan post ini.HAHA ;p

okey..ingat tak dalam lecture hall korang pernah diedarkan dengan kertas untuk ICDL Malaysia..? kertas tu suruh korang isi nama, tempat pilihan, emel dan bulan apa korang nak buat ICDL kan? haaa..sekarang ni, korang boleh la confirmkan status korang berkaitan ICDL tu...sila cek alamat emel anda, dan tempat beserta tarikh ICDL anda..semua ada kat link kat bawah ni... korang nak tanya apa-apa, nak mintak tukar tempat ke, baru terasa nak join ke, haa silalah klik dekat komen box dekat link tu nanti, and settlekan masalah anda.MESHI?? :)

ini link nya:

klik ajer :)

ouh mintak tolong sebar-sebarkan benda ni pada nama-nama yang tersenarai tu okey? THANKS :D 

Tuesday, June 15, 2010

hoho

sorang lagi member aku dah kahwin.

CONGRATS MUM!!!!!! :D:D:D

tiba-tiba macam takut bila dengar kahwin. heh. not dat i have a calon already to be all worried about la kan, but then still la, bila ada antara kawan-kawan yang dah kahwin ni, mula la kite pon akan terfikir benda tu. dulu aku rasa,kahwin tu macam lambat je lagi. tapi semenjak duduk mesir ni semua orang asyik cerita pasal kahwin je. aku pon tak paham -_-"... pastu bila aku dah dekat sini, ramai la jugak kawan-kawan dah start mendirikan rumah tangga diorang. hee. aku tak kisah la orang lain nak kahwin kan, dah jodoh diorang, tapi ni pikir pasal diri aku ni. ouh tidak. bukan sekarang. saya sungguh tidak layak bergelar isteri lagi. plus, i want to spend as much time as possible with my family. dah la study jauh, kalau tiba-tiba aku kahwin, lagilah macam susah nak jumpa family kan. dah kata perempuan kan, mestilah kene ikut husband ye dok? lagi pulak, study medic. nanti tgh housemanship ape ke semua tu, busy giler dah. takde masa dah untuk family. ish sedih weh. T_T hee. ni la, family banyak sgt lelaki kan. abang-abang aku pun tak kahwin lagi, macamane aku nak pikir pasal kahwin? and kalau tgk perangai abang-abang aku tu,semua memang tak layak la kahwin lagi. HAHA. ;p ada sorang kawan aku ni, umur dah 20 tahun and dia dah start risau sebab family dia memang jenis semua kahwin awal2 punye. 20 tahun tu kire idealla kalau dah nak kawin kan. tau-tau balik rumah ade rombongan pulak kann..gitttuuuu!~ hahaha...

tgk formspring aku. Han baru je tanye, berapa lama aku nak single...dan seperti jawapan aku juga, single itu bukanlah pilihan aku. HAHA. betul la kan. kalau tiba-tiba Farid Kamil datang rumah hantar rombongan, tak single lagi lah aku weh.. wuhuuu.. eh kejap. Farid Kamil single lagi tak? tak kahwin lagi kan? err sorry lah, dah lama tak bukak oh artis. ngeh3.yang penting kalau Farid Kamil datang, jawapan dia I DO! :D:D ;p

housemate aku sorang dah risau dah. dia cakap, kejap lagi kalau sorang,sorang housemate dia kawin, tak pasal2 dia kene duduk rumah sorang. aku cakap, dun worry, i'll be there for you. sebab, rasanya, bapak aku tak akan kasi kahwin masa belajar ni. a dad knows better kan? :)

camane tibe-tibe bapak aku berubah?

ohdamnohdamnohdamn

TAK READY LAGI. SERIOUSLY. -______-"

p/s: EXAM DAH ABES YUHUUUU!!~~

Sunday, June 13, 2010

adoy

med term.harus.kuat.terus.gagah. T_______________T

STUDY LA CIK PAZ! STUDYYYYYYY!!!!!

pharmacology,sayangilah saye.tolonglah T_T

p/s: weird tak kalau tiba-tiba nak buat statement " saye jatuh cinta " ?? OOPSS ;p

Friday, June 11, 2010

ngeh ngeh ngeh



anda rasa mamat ni kacak tak? nak berkenalan tak dengan dia? haaa..sila tinggalkan nombor telefon anda di kotak komen saye sekian terima kasih! :D

p/s: TQ so much!!!!!!!!!!!!!!!! :D:D

di pagi ini

terasa amat seronok dengan kehadiran internet. dengan kelajuan yang boleh tahan. dengan kadar degupan jantung yang laju akibat bonjorno coffee. seharusnya study med term tapi kepuasan meng-online telah melalaikan saya. daymnnnn.

kembali ke pangkal jalan. AYUH! sikit lagi!

p/s: mula terasa kejelesan melihat orang bercintan cintun di sini dan sana. mari mengeluh. HAAIIHHHH.....

its been a while...

kadang-kadang, tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. kadang-kadang, tak semua yang kita rancang tu menjadi. kita cuma boleh merancang, tapi kita takkan tahu apa yang kita bakal hadapi sampailah kita dah hadapinya.

contohnya, anda rasa anda tak belajar pada sem 1 maka result anda macam tak berapa nak okay. untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, anda nekad untuk belajar bersungguh-sungguh pada sem 2...anda dah berusaha...tapi tiba-tiba, anda dapati kertas exam itu sungguh macam haram soalannya. walaopon anda dah study,anda masih tidak boleh nak jawab. mahu salahkan siapa sekarang ni? takdir? doktor yang buat soalan? penjaga peperiksaan? atau meja peperiksaan yang bergoyang ketika anda menulis? yaaahhh...itulah dia. -_____-"

oh, hai blog. maaflah lama tak menulis. keadaan internet di Mesir ini sungguh menguja kesabaran. terasa kekok mahu menulis kembali pon ada. pasal tu lah tiba-tiba menjadi pencinta bahasa jiwa bangsa ini. cewah. eh tapi sebenarnya dah lama dah jadi pencinta bahasa ni ;p... banyak yang dah berlaku, dan bulan Jun ini telah menyimpan banyak tarikh-tarikh penting dalam hidup. HAHA.

5 jun - MCQ exam
7 Jun - Essay exam
9 Jun - OSCE exam
14 Jun - Medical Terminology exam
20 Jun - tarikh mendapat kunci ke rumah baru! *teruja*
31 Jun - tarikh SEPATUTNYA pulang ke Malaysia

okay kenapa agaknya ada perkataan patut di situ? kerana MCQ exam dan Essay exam adalah sangat susah.dan kalau markah itu nanti tidak mencapai tahap yang sepatutnya, kami mungkin tidak dapat pulang ke Malaysia. oi bapak sedih T_T...okay jom doa ramai-ramai supaya saya tidak perlu repeat semester 2 yang agak ttuuuttt ini supaya dapat pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut.amin. :D

mengenai rumah baru, jangan ditanya kenapa saya teruja. mungkin kerana kami bakal mendapat rumah yang mempunyai ruang tamu. atau perancangan untuk meletakkan sebuah cermin besar di rumah itu. atau microwave dan oven yang bakal ada. atau ketiadaan lipas yang bercinta dia atas meja dapur dan tandas dan bawah katil dan dalam laci dan dimana-mana sahaja. mungkin kerana akhirnya saya bakal mendapat sebuah bilik yang besar untuk diri sendiri beserta balkoni yang panjang dan memuaskan. atau mungkin, kerana bakal mendapat jiran-jiran yang menarik yang bakal menjadi pemangkin untuk pembelajaran. HOOSSHH!! ( bunyik yang Ali & Abu buat dalam Kami the Movie masa Abu menerangkan mengenai lebam-lebam di badannya ) statement yang bakal menjadi kontroversi dan pencetus idea untuk para penggosip Mansoura untuk membuat sketsa baru mengenai rumah kami. ahaa... silalah bergosip. dah malas nak layan. I tau la I comel macam Blair, tak payah la gosip-gosip pasal I. ish. nasib baik lah I dengan Blair sama-sama malas nak layan gosip-gosip ni. sebab apa tau. sebab kitorang kan hot stuff. OUCH OUCH. chhoooyyyyy !!~ -________-"

okay dah penat membebel.masa untuk study. LOL

- Mansoura, 08 june 2010 -