Sunday, December 9, 2012

i was very happy, i was sad...

aku  pernah hidup dalam penipuan, atau sebenarnya lebih tepat kalau aku cakap aku pernah hidup dengan seorang penipu. seluruh perkara tentang dia, atau mungkin 80% daripada dia yang aku kenal, adalah penipuan semata. kisah hidup dia, tah mana betul mana tidak aku pon dah kurang pasti. tapi secara jujurnya, semasa dengan dia, yakni ketika aku masih belum mengetahui akan penipuan dia, aku bahagia. jarang teramat jarang sekali dia melukakan hati aku. apa yang dia beri selalunya bahagia. merajuk, kena pujuk... bosan, dia layan.. nak pergi mana, dia teman.. setiap pagi dihujani kata-kata manis. setiap hari bibir mengukir senyuman. i was very happy, living in his lies.

aku pernah juga bercinta dengan si jujur. ya, kerana kejujuran dia aku jatuh cinta. aku sanggup buat apa saja untuk dia, walaupun tidak pernah dipaksa. memandu selama 40 minit untuk menyelesaikan tugas yang hanya siap dalam 5 minit sahaja pon, aku sanggup. tapi, aku sering sedih ketika bersama. aku pernah menangis sesungguhnya dalam keretapi selesai bertemu dia. aku pernah menangis ketika memandu sehingga tersesat lebih sejam kerana dia. aku jadi bodoh kerana cinta. dan aku masih mahu bersama. i was sad, living in the true world.

apabila terpaksa berpisah dengan si penipu, aku lebih kepada marah dari sedih. marah apabila tahu aku ditipu hidup hidup. marah apabila dibiar terkontang kanting mencari makna. marah kepada diri sendiri yang palingnya. tapi marah aku sekejap saja. tak pula aku berdendam dengan dia. mungkin mengenangkan kisah manis bersama, aku diam. entah, kurang pasti kenapa. tapi aku biarkan kisah dia berlalu begitu sahaja.

dan ketika si jujur mengaku sudah tawar hati, aku patah hati, aku sedih, aku rasa seperti hilang arah. aku marah, aku geram, aku sakit hati. aku dendam.. lama aku ambil masa untuk maafkan dia. dan lama aku ambil masa untuk lupakan dia yang aku benar benar sudah jatuh cinta. lama. cukup lama. apabila terfikir kenangan bersama, yang manis yang pedih dua dua menjelma. dan seluruh kisah hidup aku selepas berpisah dengan dia  dibayangi kisah kami bersama. lama aku hidup dalam bayangan dia. kejujuran dia terkesan dalam hati sedalam dalamnya.

jadi, adakah sebenarnya hidup dalam penipuan itu gembira? dan hidup dalam kejujuran itu kecewa?  adakah sebenarnya aku memilih untuk hidup bersama penipuan, asalkan hati aku gembira, asalkan aku bahagia dan dilayan seperti puteri raja? to be honest, kalau anda semua alami kisah seperti ini, mahukah anda hidup dalam kejujuran walaupun anda tahu penyudahnya banyak yang kecewa dari yg bahagia?

baiklah. sekarang anda jawab pula soalan ni. berbaloikah hidup di dalam fantasi?

sebenarnya kalau anda tak merasa yang buruk, masakan anda tahu yang anda sedang merasa yang baik?

2 comments:

Shafiqa Mohd said...

Both of pun tak nak. :) Well, you don't deserve to be treated like any one of those. Lelaki. Mulut manis. Mungkin juga setiap kata2 dia tu sebenarnya penipuan. :) And possibility lain, dia just nak guna kita je, indirectly.

Secara positivenya, semua yang jadi ada hikmah. Dia tawar hati, dia penipu, sign yang diorang bukan jodoh kita. Macam tu lah. :)

You'll meet the right guy one day. :) Tuhan tu Maha Adil. :D

fuzzyskuzzy said...

:) that's the point of telling the story.. just nak buat pengajaran, we can't live in a world full of happiness only, or full of sadness only. hidup ni seimbang, pandai2 la buat pertimbangan baik buruk sesuatu benda tu :)