so tadi berjumpa la kawan sekolah rendah aku..9 tahun kita tak berjumpa..aku rasa muka dia macam lain pulak..dah la blaja kat jepun kan.fuh network baik ni.ehem.ade kawan kau single tak?haha mngada.tadi senyap je ;p..so biasalah kan,bila da lama tak jumpe,cerita pon bukak buku lama dlu..kitorg pon,bukak la buku titian tahun 2000 dalam kepala masing2..cuba nak igt siapa lagi classmate2 kitorg and apa masing2 tgh buat skarang..yang ni dah tunang,yang tu dekat johor,yang nun dekat sini.aritu jumpe yang ni yang tu..haa pastu keluar cite zaman skolah,dulu selalu ponteng kelas muzik dengan cara buat2 kemas library *pustakawan berjaye :D*,mnghilangkan diri ketika kelas math,ponteng sekolah pergi main buaian *lepas pmr okey,dtg sekolah tnpa tujuan kot*,kantoi ponteng dan kene panggil masuk bilik guru disiplin,kisah lesbian...haih macam2 la!! hahahaha!! kelakar pulak rasanya zaman persekolahan aku.
gambar ni je aku terasa aku senyum dengan sedikit ikhlas.hahahaha.
dan topik wajib di setiap rumah kawan2 skolah lama yang mesti wujud,pasal kahwin.bermula dgn soalan " siapa gf/bf kau skarang? " maka melaratlah sampai cerita kahwin2..ade yg dah kawin,dah ade anak..yang tunang dan mahu bertunang pon rmai..yang mahu berkahwin pon boleh tahan la ramai..haa aku,kalau masuk bab2 ni,memang aku diam je la..hahah!! bukan apa..its not that im against marriage ke apa kan,tapi aku tahu diri aku,and aku tahu benda tu mmg lama lagi utk aku.blaja pon terkial2 lagi. >.<
tapi aku respek kawan aku ni,dia mmg anak orang kaye lah kan..rumah besar gila bapak best..aku suka konsep dia pasal perkahwinan ni ha..dia kata,dia nk kawen umur 26.n when he said that,i know he mean it..aku ni mmg kagum sket bila ada kaum adam yg da berpikir pasal kawen ni..sebab utama, " skarang ni masa utk kumpul duit and enjoy2 dgn kwn2 dlu..sbb bila da berumah tgga,its going to be a different story in ur life..dah ade tanggungjawab lain,n ur life wud be slightly different." fuh fuh,jatuh ati buat seketika.eh,bukan dgn dia,dgn ayat tu jer.haha! suka la tgk kawan2 semua da matang.aku je ni ha,baru nak matang sket,jadi budak2 balik..bergaul dgn adik2 kan.hahaha..kang buat prangai kakak nmpk sgt tua pulak hahah ;p
kalau nak kira betul2,berapa ramai sebenarnya kawan yang kita dah buat sepanjang kita hidup ek? fuh ramai kan..seronoknya kalau semuaaa tu kita boleh jaga relationship kita dgn dia..boleh betul2 consider KAWAN and not just KENALAN..bagi aku,aku mmg ramai kawan..tapi terus terang,only a few yang akan tolong aku bila aku betul2 susah..and i know who they are..and walaupon jumlahnya tak sama banyak dgn org yang aku kenal,aku bersyukur sangat2 dalam ramai2 tu,aku jumpe korang. :)
p/s: currently lagu Hebat - Tangga is stuck in my head.. <3
No comments:
Post a Comment