Sunday, June 20, 2010

typical love story

dalam mana-mana kisah cinta, selalu ada dua hero. hero satu, selalunya adalah dari golongan berada yang kacak dan lengkap segala-galanya. tapi, selalunya adalah seorang yang loser dalam percintaan. maka sebab itulah wujudnya hero dua, kurang kacak dari hero pertama, tapi perwatakan yang menarik. always a charmer. hero dua dan hero satu selalu ada perhubungan. saudara, adik-beradik, kawan baik, apa-apa jelah.

cerita pasal heroin dia pulak. cantik. tapi selalunya takdelah cantik sangat, tapi personaliti yang menarik membuatkan kedua-dua hero tertarik padanya. yang hero dua, bersungguh-sungguh untuk dapatkan perhatian dia. macam-macam yang hero dua buat. tak pernah sekali pon hero dua menyakitkan hati dia. heroin dengan hero dua selalunya ada hubungan yang rapat. kalau hero dua sedih,mesti heroin orang pertama dalam fikiran dia. kalau heroin pulak sedih, hero dua akan buat apa sahaja supaya heroin tak sedih lagi. macam tu lah. tapi, heroin akan anggap hero dua ni hanye kawan, tak lebih dari tu. sebab, hati dia ada pada hero satu. hero satu pada awalnya takda hati pada heroin, namun pada klimaks cerita akan jatuh cinta padanya. tapi, tak berani nak luahkan. ego tinggi.

dalam cerita tu,mesti orang tertanya-tanya kenapa laaa heroin tu mesti pilih hero satu. padahal lagi senang kalau dia terus pilih hero dua yang memang dah tentu-tentu suka dekat dia. hero satu ni selalunya bukan takat ego, tapi, selalunya akan ada orang ketiga. errmm, heroin dua. heroin dua orang yang sangat cantik, kaya, and hooked up dekat hero satu, tugas dia, bagi hidup heroin miserable. nahh. masalah lagi, tapi heroin tetap nak jugak hero satu, walhal hero dua dah bermati-matian mempertaruhkan cinta dia pada heroin ni. at the end of the story, heroin dua akan jadi the loser one. hero dua bawak diri, cuba untuk menerima cintanya pergi pada orang lain. hero satu dengan heroin, somehow akan jumpa jalan keluar untuk semua masalah dan hidup bahagia. *hopefully*

itulah dia kisah cinta. mesti ada pengorbanan. tak seharusnya menerima sesuatu cinta hanya kerana ia mudah. orang kata, eventhough its hard, somtimes even the hardest and bitter love could turn out to be the sweetest one.

so, choose wisely.

:D

p/s: banyak sangat tengok cerita korea, nilah jadi nya. -_-" nak balik Malaysia cepaaaatttttt....~~

3 comments:

ringo said...

lalu datang heroin patblas menflying kick hero namblas sebab hero namblas penah scandal dengan heroin satu hingga lapan. haha.

ini bukan typical love story. macam detail sangat je. love story kau kot :p

leely said...

hahaha..kreatif gile jln cte..so pasni jgn tgk cte cinta coz da tau ending cmne..
lama x buka blog ko..x sabar nk tgg ko blk..cepat2 blk!

cik paz said...

rangga..haha..betol weh..ko tgk cite korea,sume sama je..aku tau la,aku keje ngadap laptop je plak skrg ;p

leely..tau takpe..cite cinte sume same jer.yg membezakan adelah plakon dia,kacak atau tak.. ;p

sabar2,nk blk dah ni.heee. ;p