kadang-kadang, tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. kadang-kadang, tak semua yang kita rancang tu menjadi. kita cuma boleh merancang, tapi kita takkan tahu apa yang kita bakal hadapi sampailah kita dah hadapinya.
contohnya, anda rasa anda tak belajar pada sem 1 maka result anda macam tak berapa nak okay. untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, anda nekad untuk belajar bersungguh-sungguh pada sem 2...anda dah berusaha...tapi tiba-tiba, anda dapati kertas exam itu sungguh macam haram soalannya. walaopon anda dah study,anda masih tidak boleh nak jawab. mahu salahkan siapa sekarang ni? takdir? doktor yang buat soalan? penjaga peperiksaan? atau meja peperiksaan yang bergoyang ketika anda menulis? yaaahhh...itulah dia. -_____-"
oh, hai blog. maaflah lama tak menulis. keadaan internet di Mesir ini sungguh menguja kesabaran. terasa kekok mahu menulis kembali pon ada. pasal tu lah tiba-tiba menjadi pencinta bahasa jiwa bangsa ini. cewah. eh tapi sebenarnya dah lama dah jadi pencinta bahasa ni ;p... banyak yang dah berlaku, dan bulan Jun ini telah menyimpan banyak tarikh-tarikh penting dalam hidup. HAHA.
5 jun - MCQ exam
7 Jun - Essay exam
9 Jun - OSCE exam
14 Jun - Medical Terminology exam
20 Jun - tarikh mendapat kunci ke rumah baru! *teruja*
31 Jun - tarikh SEPATUTNYA pulang ke Malaysia
okay kenapa agaknya ada perkataan patut di situ? kerana MCQ exam dan Essay exam adalah sangat susah.dan kalau markah itu nanti tidak mencapai tahap yang sepatutnya, kami mungkin tidak dapat pulang ke Malaysia. oi bapak sedih T_T...okay jom doa ramai-ramai supaya saya tidak perlu repeat semester 2 yang agak ttuuuttt ini supaya dapat pulang ke Malaysia pada tarikh tersebut.amin. :D
mengenai rumah baru, jangan ditanya kenapa saya teruja. mungkin kerana kami bakal mendapat rumah yang mempunyai ruang tamu. atau perancangan untuk meletakkan sebuah cermin besar di rumah itu. atau microwave dan oven yang bakal ada. atau ketiadaan lipas yang bercinta dia atas meja dapur dan tandas dan bawah katil dan dalam laci dan dimana-mana sahaja. mungkin kerana akhirnya saya bakal mendapat sebuah bilik yang besar untuk diri sendiri beserta balkoni yang panjang dan memuaskan. atau mungkin, kerana bakal mendapat jiran-jiran yang menarik yang bakal menjadi pemangkin untuk pembelajaran. HOOSSHH!! ( bunyik yang Ali & Abu buat dalam Kami the Movie masa Abu menerangkan mengenai lebam-lebam di badannya ) statement yang bakal menjadi kontroversi dan pencetus idea untuk para penggosip Mansoura untuk membuat sketsa baru mengenai rumah kami. ahaa... silalah bergosip. dah malas nak layan. I tau la I comel macam Blair, tak payah la gosip-gosip pasal I. ish. nasib baik lah I dengan Blair sama-sama malas nak layan gosip-gosip ni. sebab apa tau. sebab kitorang kan hot stuff. OUCH OUCH. chhoooyyyyy !!~ -________-"
okay dah penat membebel.masa untuk study. LOL
- Mansoura, 08 june 2010 -
No comments:
Post a Comment