Tuesday, February 19, 2013

cendol

cuaca panas hari ini. perlahan kaki melangkah ke kafeteria. cendol sedap jugak ni. bisik hatiku sendiri. cendol yg sejuk, manis, kombinasi santan dan gula melaka yg perfect tu, tak sabar rasanya nak membiarkan ia lalu di tekak dan menyejukkan badan! agh! segera, aku mencari tempat duduk yang paling perfect di kafe itu, bawah kipas sambil menghadap kaki lima. tempat mahasiswa-mahasiswi lain lalu lalang. perfect. cendol sambil meng-usha orang. win!

sedang asyik menikmati kesejukan cendol di tekak berserta kemanisan beliau di dalam mulut, serta keindahan ciptaan Allah di hadapan mata, aku ternampak dia. white and green stripes polo t-shirt, seluar jeans, kasut vans hitam merah. Adam. berdegup laju jantung aku. rasanya satu kampus tau macam mana aku dengan Adam ni dulu. best friend kaw-kaw punya, dah macam Rahul dengan Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai dah. time jadi fasilitator untuk junior ramai la jugak dok tanya aku dengan Adam ni couple ke apa, sampai kitorang dah naik rimas nak jawab, so kitorang iya kan aje. tapi tu cerita dulu lah. keseronokan bersama tu musnah bila kitorang betul-betul jatuh cinta......... and it turns out bila kami bercinta, tak seindah kami berkawan. we should've stayed just friends..

masuk hari ni, dah 4 bulan 12 hari 15 jam kitorang tak contact each other. tak gaduh pun, cuma, entahlah. benda dah berubah.

Adam berjalan menuju ke kafeteria. dia duduk selang beberapa meja di hadapan aku. aku rasa dia tak perasan aku ni. macam mana nak perasan dari tadi aku buat-buat baca majalah Cosmopolitan ni ha. nak tutup muka. aku dah lama tak tengok muka dia aku taktau nak bagi reaksi macam mana. haih. tapi aku nak makan cendol. pegang majalah ni macam mana nak makan cendol weh. ah, di saat ini, cendol lagi nikmat. biarlah apa nak jadi! aku letakkan Cosmopolitan kembali ke meja, dan kembali menghadap cendol yg indah.

" heyyy Mar. tak perasan ko tadi."

satu senyuman yang tidak asing lagi di mata aku dihidangkan bersama sapaan tadi. sungguh, aku tak sangka Adam akan datang dan duduk di depan aku sekarang. aku membalas senyuman tadi.

" heyyy.. Adam...." aku diam sebentar dan merenung mata hitam Adam.
" sorry aku dah lama tak contact kau "

perkataan pertama terpacul selepas 4 bulan 12 hari 15 jam dan 5 minit tak bertegur. mungkin kerana selama itu aku pendam untuk kembali bersama dia. ya, aku rindu dia.

mungkin ini antara hari paling bahagia buat aku. aku dan dia kembali bertegur sapa, dan di kafeteria itu, bertemankan cendol dan bunyi kipas, kami berborak panjang. Adam cerita semua yang terjadi sepanjang musim cuti lepas, dan aku ceritakan pengalaman aku pergi bercuti di Australia. kami ketawa, diam, ketawa kembali, dan yang paling penting, kembali berbicara berdua. termenung aku seketika waktu Adam sedang khusyuk menghirup titisan-titisan akhir cendol di mangkuknya. aku pejamkan mata sebentar, rapat, sambil menarik nafas lega dan mengutus senyuman gembira.

ternyata, setelah aku kembali membuka mata, ku lihat Adam masih di kerusi selang tiga buah meja di sana. jauh. dan semenjak dari tadi, hanya pandangan dan senyuman berbalas di antara kami.

Adam, aku rindu kau. bisik hati kecilku.

pantas tangan aku mencapai majalah yang dari tadi di atas meja, dan meninggalkan kenangan aku dan Adam bersama di meja itu ketika anganku tadi, bersama cendol yang sudah cair dan sudah tidak didamba lagi.

4 bulan 12 hari 15 jam dan 30 minit. mungkin aku akan terus mengira.


4 comments:

Hafeez Darraji said...

percayalah. kalau kau dan adam berbaik atau be friends again benda akan jadi more complicated. more more more complicated.

p/s: rindu itu perasaan. dan semua manusia punya perasaan. itu biasa.

hahaha. lama tak singgah. :)

Hafeez Darraji

fuzzyskuzzy said...

semua pun cakap macam tu. what past is past lah kan. :)

terima kasih singgah Hafeez Darraji! rindu nak singgah emansipasi. huhuhuhu.

Aujinz said...

cendolnya awakkkk.... eh.. nak cendol

fuzzyskuzzy said...

@aujinz awak nak cakap saya manis kan? awh terharu :') hihi. ok nanti saya balik awak belanja. yeay! :p