Tuesday, February 26, 2013

mati.

cuba bayangkan satu hari kau diberi peluang untuk melihat masa depan..

kebetulan hari tersebut adalah hari dimana, kau dapat tahu yang esok adalah hari terakhir kau di muka bumi... esok kau akan mati.. dan kau mati ketika kau sedang tidur..

lepas kau tau, kau rasa kalau kau tak tidur, adakah kau dapat selamatkan diri dari mati?

dan sepanjang hari tu, apa agaknya yang bermain dalam fikiran kau? dah bersedia kah nak mati? cukup kah iman dalam diri? berapa banyak dosa kau dah buat? sempat minta maaf tak dengan orang-orang sekeliling kau?

sedang kau kelam kabut melakukan ibadah 'terakhir' kau di dunia, kau sedang cuba sedaya upaya supaya tak tertidur. supaya kau tak mati.. tapi akhirnya kau tewas dan tertidur..

tiba-tiba kau terjaga dari mimpi. kau hidup lagi, kau belum mati. kau bersyukur ke hadrat Illahi.

kau rasa, kau akan hidup sama tak macam dulu? atau kau insaf, kau berubah, kau cuba sedaya untuk jadi lebih baik dari yang sebelum ni?

kalau sama... kau rugi.

Friday, February 22, 2013

awek Converse

mukanya ayu,
selembut bayu.

suaranya indah,
seindah tawanya,
merdu bak kicauan burung pagi.

senyumannya manis,
bak cotton candy.

langkahnya tegas,
langkahnya berani,
setiap langkah kombinasi sopan dan ganas,
setiap langkahnya seolah ber-erti,

tak,
kau tak kenal aku lagi.

source: tumblr

Tuesday, February 19, 2013

cendol

cuaca panas hari ini. perlahan kaki melangkah ke kafeteria. cendol sedap jugak ni. bisik hatiku sendiri. cendol yg sejuk, manis, kombinasi santan dan gula melaka yg perfect tu, tak sabar rasanya nak membiarkan ia lalu di tekak dan menyejukkan badan! agh! segera, aku mencari tempat duduk yang paling perfect di kafe itu, bawah kipas sambil menghadap kaki lima. tempat mahasiswa-mahasiswi lain lalu lalang. perfect. cendol sambil meng-usha orang. win!

sedang asyik menikmati kesejukan cendol di tekak berserta kemanisan beliau di dalam mulut, serta keindahan ciptaan Allah di hadapan mata, aku ternampak dia. white and green stripes polo t-shirt, seluar jeans, kasut vans hitam merah. Adam. berdegup laju jantung aku. rasanya satu kampus tau macam mana aku dengan Adam ni dulu. best friend kaw-kaw punya, dah macam Rahul dengan Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai dah. time jadi fasilitator untuk junior ramai la jugak dok tanya aku dengan Adam ni couple ke apa, sampai kitorang dah naik rimas nak jawab, so kitorang iya kan aje. tapi tu cerita dulu lah. keseronokan bersama tu musnah bila kitorang betul-betul jatuh cinta......... and it turns out bila kami bercinta, tak seindah kami berkawan. we should've stayed just friends..

masuk hari ni, dah 4 bulan 12 hari 15 jam kitorang tak contact each other. tak gaduh pun, cuma, entahlah. benda dah berubah.

Adam berjalan menuju ke kafeteria. dia duduk selang beberapa meja di hadapan aku. aku rasa dia tak perasan aku ni. macam mana nak perasan dari tadi aku buat-buat baca majalah Cosmopolitan ni ha. nak tutup muka. aku dah lama tak tengok muka dia aku taktau nak bagi reaksi macam mana. haih. tapi aku nak makan cendol. pegang majalah ni macam mana nak makan cendol weh. ah, di saat ini, cendol lagi nikmat. biarlah apa nak jadi! aku letakkan Cosmopolitan kembali ke meja, dan kembali menghadap cendol yg indah.

" heyyy Mar. tak perasan ko tadi."

satu senyuman yang tidak asing lagi di mata aku dihidangkan bersama sapaan tadi. sungguh, aku tak sangka Adam akan datang dan duduk di depan aku sekarang. aku membalas senyuman tadi.

" heyyy.. Adam...." aku diam sebentar dan merenung mata hitam Adam.
" sorry aku dah lama tak contact kau "

perkataan pertama terpacul selepas 4 bulan 12 hari 15 jam dan 5 minit tak bertegur. mungkin kerana selama itu aku pendam untuk kembali bersama dia. ya, aku rindu dia.

mungkin ini antara hari paling bahagia buat aku. aku dan dia kembali bertegur sapa, dan di kafeteria itu, bertemankan cendol dan bunyi kipas, kami berborak panjang. Adam cerita semua yang terjadi sepanjang musim cuti lepas, dan aku ceritakan pengalaman aku pergi bercuti di Australia. kami ketawa, diam, ketawa kembali, dan yang paling penting, kembali berbicara berdua. termenung aku seketika waktu Adam sedang khusyuk menghirup titisan-titisan akhir cendol di mangkuknya. aku pejamkan mata sebentar, rapat, sambil menarik nafas lega dan mengutus senyuman gembira.

ternyata, setelah aku kembali membuka mata, ku lihat Adam masih di kerusi selang tiga buah meja di sana. jauh. dan semenjak dari tadi, hanya pandangan dan senyuman berbalas di antara kami.

Adam, aku rindu kau. bisik hati kecilku.

pantas tangan aku mencapai majalah yang dari tadi di atas meja, dan meninggalkan kenangan aku dan Adam bersama di meja itu ketika anganku tadi, bersama cendol yang sudah cair dan sudah tidak didamba lagi.

4 bulan 12 hari 15 jam dan 30 minit. mungkin aku akan terus mengira.


Sunday, February 17, 2013

someone

I've always wanted to be,
the one whose story is written in someone's book.
the inspiration behind that one beautiful poem.
the dream that's so sweet you wanted to have it again.
the reason for someone's smile.
the motivation to climb up high.

but i guess i just have to be someone first.

hello semester 8, please be good to me?

Saturday, February 9, 2013

Goodbyes

Di sebuah perkampungan nelayan, seorang anak yg sedang bercuti sekolah terdengar perbualan di antara ayah dengan bapa saudaranya.

"Kau tak sedih ke long, hantar anak kau pergi belajar jauh-jauh. Tinggal kau sorang-sorang dekat kampung ni..."

"Nak sedih apa. Bagi aku, setiap kali berpisah dengan anak aku, aku anggap itu kali terakhir aku akan jumpa dia. Hilang je dia dari mata aku, aku anggap itulah kali terakhir aku akan jumpa dia. Jadi kalau ada apa-apa terjadi pada dia, taklah aku terasa sangat.."

Ujar ayahnya sambil tersenyum.

Dan ayah dalam cerita ini ialah arwah atuk aku sendiri. Beberapa hari lepas abah kata,

" abah pun buat macam tok ki jugak. Setiap kali nina pergi sana belajar, abah akan anggap tu kali terakhir abah jumpa awak."

Of coz, i cried.

Semakin meningkat usia kita, semakin hampir kita dengan panggilan illahi. Kematian itu pasti. Dan bila kematian orang yg paling kau cinta kau dah pernah rasa, kau takkan nak rasa lagi untuk kali kedua, untuk selama lamanya. Jadi untuk mengelak rasa itu, persiapan mental tu yang paling perlu.

Alhamdulillah aku mampu pulang ke malaysia cuti kali ini. Jadi kalau aku balik ke tanah air walaupun ketika cuti pendek, aku harap semua orang paham kenapa.

Tak rugi apa-apa pun dapat bersama orang tercinta di sekeliling kita. :)