'move on' ni boleh kata sama macam kau nak mulakan hidup baru. katalah selama ni kau duduk dalam rumah banglo, ada ruang tamu 2, bilik ada 5, bilik air 3, dapur besar, halaman rumah boleh buat main badminton.. satu hari semua tu diambil dari kau, dan apa yang kau ada hanyalah bidang tanah, masih sama besar, tapi tinggal kayu-kayu, batu-bata, simen dan paku sahaja. jadi kau kena lah bina semula rumah kau. kalau kau rasa susah, kau sanggup lah tidur di atas tanah beratapkan langit, berdindingkan angin. bila terkena hujan dan panas, kau rasa perit derita dia. sebab apa? sebab kau tanak bina balik rumah kau tu. kalau kau cuma bina bilik tidur sahaja, kau akan rasa seolah-olah kekosongan. kesepian. lepas tu kau bina pulak ruang tamu. barulah kau rasa selesa sikit. tapi tanah kau besar lagi ni. apa kau nak buat lagi?
kat situ datang satu advantage 'move on'.. kalau dulu rumah kau tu ada kekurangan, kali ni kau boleh isi kekurangan tu. kata la tak cukup 3 bilik air, kali ni kau bina la 4 bilik air pulak. tanak bilik air kaler hijau, boleh cat biru. takde masalah. sebab ruang tu memang kosong. memang untuk kau isi, untuk kau warna. kau nak buat dapur siap drive thru pon boleh!
still... it depends on you. kesanggupan kita untuk bina semula. untuk create sesuatu yang lebih elok dari yang dulu, atau mahu hidup bersusah payah mengenangkan rumah lama yang memang dah tiada?
i miss my kampung. this house will be gone soon. :( |
p/s: 'rumah' aku pon tak siap lagi. masih cuba bina perlahan-lahan. :)
p/p/s: masih cuba membayangkan perasaan ketika menghadirkan diri ke majlis perkahwinan dia. oh oh.
2 comments:
Jom lah move on sama-sama. :)
pika fasa move on jugak ke? heeee.
Post a Comment