ke-annoying-an itu bertambah lagi apabila mata kanan tak berhenti-henti nak 'berdenyut'...ssttrreeessss! *sebut gaya gary dlm running man* taktau running man tu apa? ok abaikan :p ha tapi tu lah point dia, mata berdenyut. takde kaitan dgn gary pon. tehehe. disebabkan denyutan tu menimbulkan rasa yg amat tidak selesa, dan petang tu tengah gigih google PBL, tetiba rasa nak google kenapa mata kanan saya berdenyut? hamik kau. rupanya kalau mata kanan yg berdenyut maksud dia lain, kalau kiri lain. lepas tu ade istilah berdenyut, ada istilah kelopak mata bergerak, biji mata bergerak, ekor mata yg bergerak. haha.
so ade satu blog ni, dia kata, kalau biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta. dah sudah,aku bercinta dgn siapa pulak tau2 nak menangis kan..hihi..pastu baca lah lagi *sebab tak puas ati kan* kalau kelopak mata kanan yg bergerak = beroleh keamanan. tadi sedih ni aman plak..haih..baca lagiiii, ekor mata kanan bergerak-gerak = akan menerima orang jauh! serta merta diri terus berangan " adakah saya akan menerima orang negeri sembilan berdarah A dan berdarah jawa? " HAHA ok tu personal joke. btw, memula cam nk seronok lah kan..sekali bila baca komen2 dekat bwh tu...dia kata org jauh yg dimaksudkan adelah malaikat maut. okay. dah takut dah. dah tak kelakar. -.-
tapi sebenarnya saya sangat lah bukan org yg mempercayai benda2 macam ni..orang kata, superstitious kan..ni orang dulu2 lah ni,suka2 je buat teori diorang sendiri.hahaha..lalu saya jumpalah satu blog ni, finally dia bagi jawapan yg saya puas hati.sebab dia mcm bagi secara teorinya kenapa. heee. katanya, mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. kerisauan yg terlalu tinggi dalan diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. yey now i got my answer ^___^ mmg sehari sebelum tu pon, minum kopi byk gila..hari sabtu lah. sebab tidur 3 jam je.pastu minum kopi.pergi breakfast minum teh. balik tu topup nescafe lagi..malam tu kepala ting tong. tu yg tidur awal n dapat 8 hours of sleep tu! haha!
tapi tengoklah,dlm kelas tak dpt concentrate jugak. heh. jadinya, penting sbnrnya jaga waktu tidur nih. tak boleh nak neglect2 sangat. kalau stay up sebab study takpelah jugak. ni stay up tak buat benda berfaedah. ish2 paz. >.<
btw, marilah mengucapkan selamat tinggal bulan oktober. selamat datang november. dan ahlan zulhijjah. cewah! :D
ok boleh lah dgr lagu ni sempena hari terakhir bulan oktober. hik3.
sumber mengenai mata tersebut diperolehi dari sini, juga sini, serta sini dan yg terakhirnya di sini. :D
No comments:
Post a Comment