Sunday, December 19, 2010

perihal sebuah jam tangan

aku sebuah jam tangan..aku dibeli oleh dua sahabat di pasaraya Alamanda..setiap kali ade pengunjung yang dtg ke kedai,pasti mereka akan melihat kepada kecantikan daku...ramai jugak yang mahu memilikiku namun disebabkan aku dihasilkan dari bahan yang berkualiti tinggi aku boleh dikatakan berharga juga lah sehingga lah datang dua sahabat tadi...mereka mahu menjadikan aku sebagai hadiah hari jadi kawan mereka...aku berasa gembira sekali ketika penjual wanita itu meletakkan aku seelok2nya ke dalam bekas...kemudian aku dibalut dengan kertas berwarna-warni..setelah beberapa jam,aku telah bertemu dengan tuan baruku yang sungguh kacak luar dan dalam..cantik orangnya..dan aku dijaga dengan baik sekali..sehinggalah aku dibawa bersama tuanku ke institusi pengajian beliau di luar negara...aku yang dahulunya ditenung dilihat setiap hari kini semakin dilupakan..kulitku yang putih berseri kini sudah bertukar warna...aku juga pernah dilemaskan di dalam baldi,walaupon secara tidak sengaja tetapi sesungguhnya hatiku amat terluka. -_____________-"

terima kasih kerana membaca perenggan karutan di atas..rindu la weh nak buat karangan mcm ni hahaha ;p

okay,back to d point..maaf,dah seminggu rupanya tak update..mungkin busy..busy dengan apa taktau la..tapi sebenarnya nak cerita perihal masa...sebenarnya perenggan atas tu ade juga betulnya..ya,tentang aku..aku rasa dlu aku tak boleh kalau takde jam dekat tangan ni..orang kate macam orang meroyan la kalau tak pakai jam! tapi semenjak kebelakangan ni aku perasan yg,aku sndri mcm kisah tak kisah je dengan waktu...kalau dlu buat apa2 pon semuanya aku pandukan pada waktu..tapi skarang,jujur aku cakap jam tangan ni macam perhiasan semata and kalau org tnye pkol brp baru sibuk nak tengok..oh lupa! lagi satu time lecture pharmaco selalu la jeling jam.muahahah..sampaikan aku letak jam dalam poket seluar pon aku lupa,pastu pergi rendam pulak tu seluarnya..nasib baik la tak masuk washing machine kan..kalau tak,taktau ape nasib dia.haihhh...

sekarang aku sedar pengurusan masa aku dah tak betul..aku study pon dah tak konsisten..ade je hari yang aku langsung tak sentuh buku..ya allah..takut pulak rasa..exam tak smpai sebulan je lagi..tolonglah jgn ckp sebulan tu lama..sebulan tu kjap je kot! byk lagi bnda tak baca..hari2 dok baca buku muka aka facebook tu takde faedahnye sangat. -__-

jadi aku berazam,lepas ni nak mula manfaatkan kembali waktu2 tu..sekarang ni dah winter,memang serious tidur lagi best lah kan..sekali dah tidur mmg payah nak bangun..jadi untuk diri sendiri,aku nak buat jadual..berapa jam aku kena study,apa yang aku kena study,semua aku nk letak dalam jadual..and for sure aku nak limitkan waktu untuk aku online.yes..mayb that's the first thing i have to do..fyi,aku jarang bagitau orang kalau aku nak buat itu ini..ni kalau aku dah cakap ni,meaning that aku dah smpai tahap kritikal yg aku tak bleh kontrol diri sndri and aku perlukan org lain kontrol aku..haa yes..! tapi jgn la kontrol sgt bpk aku pon rileks je kot korg jgn lebih2 naaaa >.<

doakan aku berjaya melaksanakan azam aku ni..amiiinnn!!!!!!!










p/s: still can't get over the nite of confession. terasa gembira setiap kali ingat. i wish for the best, for both of us :):)

1 comment:

leely said...

kena rendam dlm baldi?wahahaha...xpe2 aku pernah rendam dlm swimming pool lagi..tp die sehat2 smpai skrg ;p good luck in yr exam..