Saturday, May 26, 2012

surat cinta

aku nak tulis surat cinta
aku nak hantar ke dia.

aku nak tulis dalam surat tu
aku nak luahkan isi hati aku

aku nak bagitau
yang aku suka
yang aku cinta
yang aku damba
sesama manusia
ialah kau

aku pon taktau kenapa
tapi kau buat aku tenang
kau buat resahku hilang
kau buat hatiku riang
kau buat bibir terlukis senyuman
kau dah buat hati tertawan :D:D

ku tulis surat itu di atas kertas merah
ku tulis ayat satu persatu
supaya cantik di matamu
ku lipat kemas di dalam sampul
ku sembur pewangi, baru lah harum!

berdebar hati menunggu reaksi
terbayang-bayang pelbagai ekspresi
terdetik juga di dalam hati
macam mana kalau nanti dia membenci?

tapi aku dah tekad.
hati sudah nekad.

seutus surat ku kirimkan
ku titip di hadapan pintu depan
berdebar hati menunggu jawapan
semoga terlerailah segala jawapan...............................





aku tetap rasa tulis surat adalah kaedah paling romantik. :3

bye bye mansoura. esok nak balik malaysia :D


Friday, May 18, 2012

sometimes you just gotta say what you wanna say

maintaining a blog is actually quite a job, the same as maintaining a friendship.

yes. you wouldn't always have the time to write in the blog, the same as you are too busy with classes and exams to even stop what you are doing and say hye to your friends.

this mostly apply to friends who live far from you. a some sort of long distance relationship thing.

the thing is, when you are more than 9000 kilometres away, even your time is different. you are asleep when they are awake, you're busy when they're having their leisure time. even, your weekend doesn't fall on the same day. things are hard. the most that we can do is sometimes drop by at their facebook page and say hye and a few catching up then everyone started to get busy again.sometimes you feel lonely, sometimes they feel lonely, but you just can't be on each other's side all the time.

i'm talking friendship here.

amazingly, if its your boyfriend/girlfriend/spouse/husband/wife is 9000km away from you, SOMEHOW the time is there. at least once a week. but why is it so hard to do it with friends?

i am not blaming it on my friends, i'm blaming it on me. i think i have been 'selfish' this few time. can't find the right word to replace selfish there. self-centered? self-involve? its all about myself. i don't feel like telling anyone how i actually feels inside. what is actually going on in my head. what matters is bothering me, no.. i just couldn't find the courage to open up again.

i think i have a big trust issue here. i just think whatever i say people will judge. and they judge it wrongly.

and not being able to trust anyone here, is not a good friend material. but hey, i love it when my friends are opening up to me, telling me their stories, their sadness their happiness, trust me, i'm all ears :) and i still drop by at their pages saying hi or anything. the part that hurt me is when the respond given is not what i expected. i'm starting to think friends have turn into me, the 'i-don't-want-to-open-up-to-you-just-yet' person. if that is so, how are we going to stay friends? :(

i am sorry i have to be 9000km away from you guys, but believe me that you are all close to me at my heart. i am sorry for not being able to open up, things have been a bit chaos since the last 3 years, i'm still searching for my old-self here. but no matter what happen, i do cherish all my friends, especially the one who has always been there for me. thank you. :)

i miss being under the same cloud with you.














p/s: 2 days before final exam. wish me luck.

Friday, May 4, 2012

konsep kedai kopi


"Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae" - Cerita Kedai Kopi, Malique ft Salam.


aku suka kedai kopi. aku suka aroma kopi menyelubungi. aku suka suasana lampu kuning dan malap, tetapi tetap berjaya menerangi pelusuk kedai. aku suka melihat 'barista' sibuk bekerja di dapur, sibuk mengambil pesanan, sibuk mengemas kedai. sibuk memastikan kepuasan pelanggan. aku suka. sangat suka.

aku punya suka terhadap kedai kopi, sampaikan aku tak kisah kalau aku terpaksa duduk seorang diri di situ. sambil minum kopi, melihat telatah manusia. melihat keletah mereka. tak, bukan busy body, tapi cuma melihat. kadang kala meneka. ya, aku cuma manusia biasa, mereka juga. tapi aku tahu lah batas-batasnya.

konsep kedai kopi, bagi aku mudah. kedai kopi yg menarik adalah yg pertamanya haruslah ada kopi yg sedap, dan minuman bukan kopi juga harus sedap. keduanya, suasana. kedai kopi ni sinonim dengan melepak. jadinya suasana tu haruslah dibuat selesa. kalau anda perasan, meja kedai kopi selalunya bulat. selalunya, tidak semua. meja bulat sebab lebih mesra dengan rakan semeja. meja bulat seolah-olah meja tu jadi dunia sementara kita. dan kadang kala, minum sahaja tidak mencukupi. ,makan juga perlu. konsep makanan pula, ah senang cerita makanan minum petang, or 'tea break'..memandangkan kedai kopi byk yg asalnya dari barat, kalau perasanlah menu 'minum petang' yg tertera di dalam menu mereka biasanya, sandwich, cakes, biscuits..etc etc.. :D kalau yg ketimuran sedikit, pernah ada ya di menu ' ubi rebus + kelapa' ...pergh pergh. ok. ini buat gua lapar sekarang.

ok, kembali ke kedai kopi. seterusnya, suasana. lagu yg dipilih. aku lebih gemar duduk santai di kedai kopi sambil mendengar lagu-lagu lama. lagu stok lite fm punya. sebab lagu2 lama ni musik dia tak serabut. sedap je halwa telinga ni dengar. campur dengan bau kopi, lampu oren, bagi aku adalah suatu suasana yg tenang. :)

sebenarnya aku bukanlah jenis orang yg boleh duduk di satu tempat yg sama, utk satu jangka masa yg lama. aku cepat gelisah. aku cepat bosan. tapi itulah, kalau di kedai kopi aku mampu utk melepak lama-lama. sambil baca buku mungkin. :) tapi, haruslah aku duduk di situ mmg niatnya nak melepak. kalau menunggu orang, sorry. aku tetap tak suka menunggu.

jadinya konsep kedai kopi, bagi aku haruslah suasana selesa, tidak berlebihan, kopi yg sedap, konsep pengudaraan yg baik, kedai yg bersih, dan semuanya santai. pendek kata, Cilantro yg baru bukak dekat Mansoura ni, adalah antara kedai kopi yang aku suka. walaupun meja mereka tidak bulat. :p

dan buat pertama kalinya aku rasa whipped cream tu sedap. 

p/s: harini 3 kali minum kopi. mungkin patut masuk tidur dah sekarang. hurm hurm.

Tuesday, May 1, 2012

imimimimtihaaannnn

hello May! look how fast time flies. tau2 lagi 20 hari dah nak final exam. fuhhhhh.. lagi 26 hari balik Malaysia. :D nak excited balik pon tak boleh sgt sbb nak kena hadap exam dlu kan. and here i am procastinating while studying case 1. baru case 1. kah3. case ada 10..campur unseen lagi. hurm hurm.


ini pandangan kasar terhadap segala topik for this semester. mostly comprise of tropical disease (durh mmg sem 6 psl tropical diseases pon hewhew), community medicine, parasitology and microbiology. ye banyak sgt kena hapal. smpai tertukar tukar. risau ceq. dah la result midsem mengecewakan. ku idamkan bintang di langit, sekali tersangkut di dahan pokok ajer. ahaks. yes, pathetic sgt. takpelah. i'll try harder this time. :)

jadi kepada kawan2 lain yg ramai pon mmg tgh exam tu, all the best okey. ada yg dah start, ada yg on the way mcm kitorg jugak. so, marilah berusaha ke arah kejayaan :p 

sebelum study tu, baca lah doa. ni ada doa memulakan pelajaran utk dikongsi bersama. biiznillah usaha kita ni ada keberkatannya. :) 


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
lepas tu boleh la baca doa selepas mengulangkaji pelajaran pulak:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
jangan lupa tiga kata kunci utk berjaya; usaha, doa dan tawakkal. bukan utk study je, utk semua bnda kita buat dalam dunia ni. kalau kita usaha, kita berdoa dan kmudian tawakkal tu, insyaAllah ada keberkatan dia. insyaAllah dihulurkan pertolongan oleh Nya. :D 
haa sebenarnya bukan doa sebelum dgn lepas study jer, tapi masa exam pon kita jgn berhenti doa tu. doa tu pon usaha tau. :) tpi jgn lah doa je study nye tak kan. pndai2 lah. dah beso kan smua. tkkan tu pon nk aja. ecewah. :p 
korang boleh la klik sini kalau nak baca tips2 mnghadapi peperiksaan dan doa2 nya sekali. terima kasih owner blog kerana berkongsi. :)
dan sempena musim imtihan ni, ingin ku pohon kemaafan dari ujung rambut sampaaaiii ujung kaki..andai kata ada terlanjur bicara ke, tersalah cuit ke, terasa hati ke..maaf ye..halalkan makan minum semua...semoga kita semua berjaya imtihan kali ini insyaAllah. semoga berjaya membuatkan senyuman terukir di bibir ibubapa kita semua...semoga kita boleh pulang ke pangkuan keluarga segera..rindu ni tahu!!!!



Friday, April 20, 2012

unforgettable event in my life :)

ok ok. setelah sekian lama baru ada masa nk update blog. cewah busy woman gitu. tapi sebenarnya the past few weeks mmg busy. i mean like, busy gila. buat apa? haaa. kan ada video kt bawah tu yg pasal video making competition tu kan? starts from the making of that video, smpaaaaaaaaaaiiiiii hari event tu habis (which is jumaat lepas by the way) i was very busy. busy gila sampai balik rumah tu cuma utk solat and mkn sesuap dua lepas tu pergi sambung buat kerja sampai 2 pagi. penat baq ang!

eh. event apa? lupa nk bgtau. kih3. its International Cultural Day. gabungan 7 buah negara ( Egypt, Malaysia, Oman, Palestin, Saudi Arabia, Iraq dan Libya). event ni kira under Mansoura University lah, tapi Malaysian diberi kepercayaan utk mengelolakan the event. cool en?? :) lagi cool bila dapat jadi part of the team ^^ sebenarnya i joined the team agak lmbt la, kira 2 weeks before event tula. 1st assignment kena buat video promo video competition tu. lepas pada tu, ha berduyun-duyun kerja sampai. hamekk.. penat dia mmg tak boleh nak cakap, tapi bila kau penat sebab sesuatu yg kau enjoy buat, and turns out bnda tu went well, penat tu rasa macam berbaloi sangat! ^^ 

ini lah poster kepada event tu. heee.


taktau mana nak start, smua bnda rasa nak cerita. so kita cite pelan2 sat na. kite start dari post event :)

apa yg byk kerja sgt ni sebelum event kan? mula2 busy buat video. biasalah i kerja under unit publicity, so kerja2 promote ni kerja aku lah. siapa yg ada fesbuk aku, kalau perasan kerja aku asik iklan sana sini tu, ha sebab kerja ye. :3 pastu adelah buat interview sket utk dimuatkan dlm video promo. lepas tu kena edarkan kertas iklan, tampal poster, spread the event. tapi bukan aku sorang lah buat semua ni. satu team. alhamdulillah team semua bekerjasama dengan baik. ^^ lepas tu dah 3 hari sebelum event, unit booth mintak tolong. diorang memerlukan tenaga kerja yg banyak. jadi aku pon, tolonglah.. tolong potong ini potong itu tampal ini tampal itu. kirenya, utk booth tu, diorang ada byk section. ada section utk kaum cina, kaum india, ada pelamin utk malay wedding (pelamin bajet jelah kan.), ada rainforest, ada tourism, macam2 lah. and i was like helping almost semua section jugak lah. sebab takde specific tugas kan. so agak2 dah siap yg ni, pegi tolong yg sana. dah penat buat ni, pegi buat benda lain pulak. seronok lah, duduk dekat gmn centre tu, buat kerja rmai2, nyanyi2. hihi :p kerja2 ni la yg kitorg buat smpai 2 pagi tu. terpaksa kan. klau tak, takut tak sempat siap before event. huhu. alhamdulillah la semua sempat :)

ni video promo. kerja intebiu2 ni lah keje aku. 1st time pkai dslr yg ada video (pinjm org) dan sy sgt noob kih3


ok. sekarang kita cite hari event tu pulak. jumaat, 13 april. ^^ disebabkan aku bukan budak jaga booth, so aku pon dtg lmbt la sket, 10 pagi. budak2 booth lain pepagi lagi dah datang pasang2 apa yg patut. gigih2. smpai ada yg tak tidur pulak tu semata-mata nak bagi booth tu menarik. respek ah :D pastu tgk booth2 negara lain pon boleh tahan lah gempak. dgn kemain byk free food diorg bagi. hahaha. kitorg bagi kuih2 je kan :p takpelah bajet diorang byk kot wahahaha. selain ada booth, ada la jugak event dalam dewan, which is performance by semua 7 country yg terlibat tu. haaa ni yg part paling umph dan terkesan sekali hari tu. i was at the booth the whole day, datang masuk dewan time malaysia perform je sebenarnya. haha :p tapi sempat lah tgk saudi punya 'performance' sket. heh. dorang mcm buat wedding diorang, pasang colok yg bau kuat gile nk mampos tu (apa korg igt arab tk pakai colok ke)..pastu menari nari...haha..lepas tu smpai time malaysia punya performance, yg dimulakan dengan nyanyian Negaraku. this is the 2nd time aku rasa mcm ada spirit ke apa tiba2 masuk badan bila Negaraku berkumandang. 1st time dlu masa pergi istana budaya lepas 'evacuation' dari Egypt yg pasal riot tu pastu kena nanyi negaraku kan. rasa semangat lain macam merasuk diri. so this time pon, berganda-ganda semangat datang, smpaikan berdiri bulu roma bila THE WHOLE DEWAN BANGUN AND NYANYI NEGARAKU DENGAN PENUH SEMANGAT! i guess this feeling cuma dapat dirasa oleh student oversea kot. patriotik sangat sangattttttttttttt!!! rasa mcm nk nangis pon ada. dgn masing2 homesick nya,lagilah semangat kan. bergema dewan tu dengan suara kitorg nynyi negaraku. :') smpai orang arab dlm tu pon smua tgk kitorg yg mcm tiba2 smgt gila. haha.. lepas tu slide show tunjuk negeri2 kt malaysia, dari Perlis smpai Sabah..masing2 sorak tgk negeri masing2..hahaha...lepastu, nyanyi pon awesome. zapin pon awesome. awesome gila la petang tu. aku yakin siapa yg datang terus tertanam perasaan IM PROUD TO BE MALAYSIAN. serious. *menangis terharu sekarang*

selamat datang ke flight MAS! HAHA!

the Indian section. suka kain2 tu :D

astronauts! :p

ada demo memasak ok. time ni masak pengat pisang. the one in white jubah is our Egyptian friend Ahmed Taha. 


tapak booth. 

booth Palestin

free koshary at Egypt's booth! (koshary tu mknn yg famous lah dekat sini)

ni dalam dewan,tadi tu semua dekat luar. ni tempat kejadian Negaraku. hihi.

ni pintu masuk tapak booth

pelamin budget di booth Malaysia. hihi. btw these are one of the many married couple in Mansoura :)

pramugari paling ayuuuuuu hahahaa.

budak ni terlalu comel. tak boleh di ignore. :p

one of many activities dekat booth kitorg. bamboo dancing :D

hai, ini saya sedang mengajar orang arab bermain congkak. btw i win. but he told me to tell everyone that he wins. keh3.

zis is the zapin performance. takde la high quality video kan, tapi at least korg boleh nmpk betapa meriahnya the crowd is!!!! :D:D

abes performance, pergi balik booth, ada kugiran apito dan rakan2, ada org main lompat tali, ada karaoke. meriah gila lah! booth lain semua mcm dah takde function dah, booth Malaysia je kemain semangat. org yg jaga booth siap ckp ada arab tu datang booth kitorang pagi, petang, malam pon datang lagi.. hahaha. seronok sgt kot :p pastu pukul 10pm, acara penutup, ada fireworkkssss!! :D yg dibakar oleh team kitorg jugak ah. tapi nice ah firework dia. i likeeeee.siapa nk firework kat Mansoura, boleh carik dekat Sikkah. :p lepas tu arab yg jaga tempat tu halau kitorg keluar. dayng. kelam kabut masing2 angkat barang. pastu tunggu motor halawa tu datang. motor tu kecik je citenye. brg byk baq ang. so kena lah ber trip trip tggu barang diangkut dari istad ke gmn centre balik..tengah2 tggu halawa tu datang, tiba2 ada VIP dari Malaysia datang. Prof apa eh nama dia. lupa lah. tapi dia ni kira salah sorang VIP dari Malaysia yg kitorg jemput la. dia dulu penah jadi duta Malaysia dekat egypt ke caner tah. dia kata dia saja2 datang situ balik, expecting semua orang dah balik sebab dah lewat jugaklah time tu. sekali tgk kitorg semua ada lagi dok berlonggok longgok depan istad tu..dia borak2 dengan kitorg, pastu bgtau ada org arab tu lepas tgk booth Malaysia, anak dia nangis2 nak pergi Malaysia :') ya Allah, boleh tak masing2 terharuuuuuuu! HAHA! tapi bukan tu jela dia cerita, byk lagi. mostly comprise his feelings towards the event..dia pon terharu time negaraku tu ok. :p but what the Prof told us has actually buat penat semua org yg ada kt situ mlm tu mcm penat yg berbaloi. rasa dihargai. alhamdulillah syukurrrr sangat3! aku yg krew pon rasa macam ni, director Che Sarida taktau lah apa perasaan. tapi Che Da mmg hebat lah dapat handle all the pressure and dapat control semua team. thumbs up Che Da!! ^^

yg ber-kimono ni lah director program, Che Sarida. yg baju itam tu Samha, pon org kuat jugak tu. ke hulur ke hilir menjalankan tanggungjawab. respect! ^^


ni video mmbe aku buat. nice en :D jemputlah tengok sebab muka I pon ada hihihi.

after event? smpai skang kehangatan masih terasa kot. kah3. tapi betul. siap event masuk berita arab!! wiwit kepada kamiiiiiiiiii :D walaupon tak masuk muka aku, tapi, aku ada je di situ. nahh i don't need all the glamour anyways. being part of the team tu sndri adalah satu perasaan yg aku takkan lupa sampai bila bila. sebab rasa mcm ada juga benda yang seronok yg berjaya aku buat dekat mansoura ni. :D hihi.

ni yg kitorg masuk berita tu. hah korang tgk lah sendiri meriah tak meriah kan event haritu! ^^

rasanya ni entry plg byk aku letak gmbr and video..haha..hope u guys get the idea of the event. rajin2 lah tgk video yg tersedia. bukan apa, sharing is caring kan.:p i was happy being here, doing it, enjoying every bits of it. termasuk part aku jadi emo dan tension dan rasa mcm nk marah orang ditambah dgn syndrome2 PMS pulak........ok yg tu kita cerita entry lain. entry ni kasi happy2 je wahahaha.

ok dah. penat menaip. petang ni ada jamuan post mortem event pulak. makan besar weyyyy. tak sabaaarrrr :p hope smua berjalan lancar. walaupon perut aku mcm tak berapa nak sihat ni. harap2 masih dapat makan dgn byknya. :p

laterrr~~













p/s: final exam lagi 30 hari. cuak.

Thursday, April 5, 2012

reality snap.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


kalau kau suka dia sepenuh jiwa raga pon, kalau dah bukan jodoh, macam mana pon memang takkan bersama jugak kan.

susah macam mana pon, kena terima. pahit macam mana pon, kena telan. sakit macam mana pon, kena tahan.

percaya dengan ketentuan Dia. Dia dah merancang yang terbaik untuk kita. :)





















p/s: time heals. 


Tuesday, April 3, 2012

last weekend i was busy doing this.


:)

btw,tiket balik Malaysia hampir dibeli. hampir ye hampir. doakan semoga duit masuk dengan segera supaya tiket boleh di issue secepat mungkin. amin! 














dan sekarang bila dah tak busy balik, can't stop my brain from thinking of you.